PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)

PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)
Haji Hashim Kulup Ismail (Ayahanda) Hajah Arbaayah Yeop Majlis (Bonda). Anak-Anak: Abdul Rahman, Hashimah, Abdul Mutalib, Salim, Mastina, Hamdan, Syuaib, Sufini, Haryati, Suriyani, Ahmad Farid, Nurhanim, Ahmad Syukri & Mohd. Najib

Friday, July 25, 2008

Alhamdulillah, Suria dapat cahaya mata ke-2

Suria bersama anak barunya, Nur Aimi Arissa

Syukur Alhamdulillah, Suriani Bt Hashim telah selamat melahirkan seorang lagi cahaya matanya pada 24 Julai lalu, kira-kira jam 9.45 pagi, di Hospital Universiti. Bayi perempuan ini yang juga cucu yang ke-35 kepada Haji Hashim dan Hajah Arbaayah dilahirkan secara pembedahan, dengan berat bayinya 4.3 kilogram. Sehingga berita ini ditulis, Mus dan Suria belum lagi menamakan anak keduanya itu.

Tahniah kepada Mus dan Suria. Semoga cahaya mata ini akan menambahkan lagi keberkatan hidup mereka dengan rezeki yang bertambah.

Gambar atas: Nur Aimi Arissa,
Gambar bawah: Nur Aimi Arissa bersama kakaknya Nur Iman Irdina


Berita terbaru
- Mus dan Suria telah bersepakat menamakan anak barunya itu, NUR AIMI ARISSA. Suria telah 'discharge' dari hospital Universiti pada Sabtu, 26 Julai 2008, dan telah dibawa pulang ke rumah Mak di Bangsar.

Tuesday, July 8, 2008

Sarah Hanis kini bekerja dengan KEMAS

Sarah Hanis Binti Abdul Rahman

Sarah Hanis binti Abdul Rahman
telah menamatkan perkhidmatannya dengan Indah Water Konsortium (IWK) pada hujung bulan Jun 2008 lalu, kerana Hanis telah mendapat tawaran bekerja sebagai 'Guru Kemas' dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Sebelum memulakan perkhidmatannya di Kemas, Hanis dikehendaki mengikuti kursus orientasi di Kem Sungkai, Perak selama 5 hari bermula 23 Jun lalu.

Selepas ini Hanis dikehendaki pula mengikuti kursus Diloma Perguruan selama 3 tahun mulai 14 Julai ini di Institut Perguruan Bahasa Melayu (IPBM) di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Selepas tamat pengajiannya di IPBM Hanis akan memulakan tugasnya sebagai seorang Guru Kemas di Kawasan Parlimen Seputih, Kuala Lumpur. Sepanjang berkursus di IPBM, Hanis diberikan elaun bulanan sebanyak RM600 oleh pihak KEMAS.

Tahniah, selamat bertugas Cikgu Hanis!

Selamat Hari Jadi....kelahiran Julai!

HashimArbain mengucapkan "Selamat Hari Jadi" kepada semua yang lahir pada bulan Julai ini. Semoga diberkati Allah dan dimurahkan rezki. Diantara mereka yang lahir dalam bulan Julai ialah seperti berikut:- (Sila klik di gambar untuk kelihatan lebih jelas).

  • Amirul Izzat bin Abdul Rahman
  • 1 Julai 1987.
  • Nurhanim binti Hashim
  • 16 Julai 1982
  • Haryati binti Hashim
  • 20 Julai 1979
  • Afiq Hazlami bin Yahya Haris
  • 20 Julai 1993
  • Abdul Rahman bin Hashim
  • 22 Julai 1960
  • Aiman Farhan bin Abdul Rahman
  • 22 Julai 1995
  • Adi Putra Shahreeza bin Abdul Rahman
  • 23 Julai 1989.

Suria menunggu hari nak bersalin anak kedua cucu ke-35..

Nampaknya tahun ini keluarga HashimArbain akan bertambah bilangan cucunya. Suriani anak yang ke-11 kepada Hashim dan Arbaayah dikatakan sedang menunggu masa saja untuk bersalin. Walaupun dia menjangkakan bakal anak keduanya itu akan lahir dalam bulan Ogos ini, namun keadaan yang dialami sekarang ini menunjukkan anak keduanya itu akan lahir pada bila-bila masa dari sekarang.

Sama-samalah kita mendoakan cucu HashimArbain yang ke-37 ini selamat dilahirkan ke alam fana ini, dan kepada Suria kami mendoakan semoga anda berada di dalam kondisi yang ceria, sihat dan selamat menyambut cahaya mata yang ke-2. Semoga 'Mus' suaminya juga bergembira dengan kelahiran baby baru ini nanti.

Monday, July 7, 2008

Anak-Anak Hashim & Arbaayah

Hasil perkahwinan Hashim bin Kulup Ismail dengan Arbaayah binti Haji Yeop Majlis, mereka telah dikurniakan empat belas orang anak yang terdiri daripada nama-nama berikut:-

1. Abdul Rahman Bin Hashim
No. KP 600722-08-5157
Tarikh lahir: 22 Julai 1960

2. Hashimah Bt Hashim
No. KP 630307-08-5712
Tarikh lahir: 7 Mac 1963

3. Abdul Mutalib Bin Hashim
No. KP 660105-08-5703
Tarikh lahir: 5 Januari 1966

4. Salim Bin Hashim
No. KP 690520-08-5695
Tarikh lahir: 20 Mei 1969

5. Mastina Bt Hashim
No. KP 721019-08-5818
Tarikh lahir: 19 Oktober 1972

6. Hamdan Bin Hashim
No. KP 731014-08-5607
Tarikh lahir: 14 Oktober 1973

7. Syuaib Bin Hashim
No. KP 750420-14-5613
Tarikh lahir: 20 April 1975

8. Sufini Bt Hashim
No. KP 760610-14-5306
Tarikh lahir: 10 Jun 1976

9. Ahmad Farid Bin Hashim
No. KP 780425-14-5193
Tarikh lahir: 25 April 1978

10. Haryati Bt Hashim
No. KP 790720-14-5064
Tarikh lahir: 20 Julai 1979

11. Suryanie Bt Hashim
No. KP 810130-14-5166
Tarikh lahir: 30 Januari 1981

12. Nurhanim Bt Hashim
No. KP 820716-14-5066
Tarikh lahir: 16 Julai 1982

13. Syukri Bin Hashim
No. KP 860407-56-5207
Tarikh lahir: 7 April 1986

14. Mohd. Najib Bin Hashim
No. KP 870430-56-5503
Tarikh lahir: 30 April 1987

Friday, July 4, 2008

BERITA: Najib johan pertandingan Azan...tahniah!

Mohd Najib, 21 tahun anak bongsu yang ke-14

Keluarga HashimArbain mengucapkan tahniah di atas kejayaan 'Mohd. Najib bin Hj Hashim' menjadi 'JOHAN' Pertandingan Azan Peringkat Kariah Masjid Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq yang telah diadakan pada hari Ahad, 29 Jun lalu, bertempat di Surau TNB, Bangsar, Kuala Lumpur. Seramai sembilan orang yang mewakili surau-surau di dalam kariah Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar telah menyertai pertandingan ini, dan Mohd. Najib merupakan peserta yang mewakili Madrasah Nurul Huda, Apartment Abdullah Hukum. Keluarga HashimArbain bersyukur dan berbangga kerana Mohd. Najib bukan sahaja telah mengharumkan nama baik keluarga, malah beliau turut mengharumkan nama baik Madrasah Nurul Huda yang diwakilinya.

Thursday, July 3, 2008

HashimArbain blog keluarga kita semua....


Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Silaturrahim,

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah seru sekelian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhamad SAW.

Marilah kita bersyukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurniaNya juga termuncullah blog maya 'HashimArbain.blogspot.com' yang mengabadikan sentuhan nama sejoli 'Hashim & Arbaayah' iaitu bapa dan ibu kepada 14 orang anakanda yang telah mereka zuriatkan sebagai permata hati di alam fana ini, bermula dengan ikatan kasih sayang yang terjalin indah pada tahun 1959, mereka berdua diijab kabulkan untuk pasrah dengan 'Qadha'- Qadar' Rabbul Jalil sehingga melahirkan permata zuriat sulungnya pada 22 Julai 1960 hinggalah melewati tanggal 30 April, 1987, di mana dalam usia Haji Hashim Bin Kulup Ismail, 50 tahun dan Hajah Arbaayah Binti Haji Yeop Majlis, 44 tahun pada ketika itu, mereka sudah pun dianugerahkan 14 orang cahaya mata.

Tahun ini - 2008, Haji Hashim Ismail yang dilahirkan pada 11 Oktober 1937 telah pun mencecah usia emas 71 tahun, manakala Hajah Arbaayah Haji Yeop Majlis yang dilahirkan pada 30 September, 1942 pula telah mencecah usia emas 66 tahun. Dalam tempoh usia yang berbaki ini, mereka telah melayari kehidupan dengan menempuh pelbagai ranjau, onak dan duri. Kehidupan seusia mereka berdua ini, sudah tentulah mereka telah menikmati pelbagai gaya dan perisa kehidupan yang cukup dengan asam garamnya.

Hari ini sahaja, hasil mahsul daripada pasangan hidup anak-anaknya yang sudah berumah tangga, mereka telah menzuriatkan pula 36 orang cucu dan kian bertambah untuk keluarga HashimArbain. Inilah anugerah dan rezki yang mengkayakan Hashim dan Arbaayah di dalam sebuah dinasti keluarga 'HashimArbain'. Alhamdulillah, Hashim dan Arbaayah telah ditakdirkan oleh Tuhan memiliki kekayaan 'modal insan' dengan 14 orang anak, 11 orang menantu dan 35 cucu. Salah seorang daripada cucunya pula 'Sarah Hanis Bt Abdul Rahman' telah pun berumah tangga, dan ini menjadikan pertambahan seorang lagi dalam 'isi keluarga' HashimArbain. Justru itu, kesemua isi keluarga 'HashimArbain' kini berjumlah 64 orang termasuk Haji Hashim dan Hajah Arbaayah sendiri (Perangkaan sehingga 3 Julai 2008).

Bergentayangannya blog maya 'HashimArbain' ini diharapkan dapat menjadi sumber rujukan seisi keluarga, seterusnya menjadi pengikat yang kukuh untuk mengeratkan lagi silaturrahim di dalam keluarga yang besar ini. Sudah tentu blog ini juga akan memaparkan serba serbi maklumat yang berkaitan dengan aktiviti kekeluargaan, yang diharapkan dapat ditambah nilai kualitinya bukan sahaja dari segi wajahnya, malah penambahbaikan kepada isi kandungannya. Komen yang membina juga sangat-sangat dihargai, kerana blog 'HashimArbain' ini adalah milik keluarga Hashim dan Arbaayah.

Marilah kita mendoakan kesejahteraan buat Haji Hashim Bin Kulup Ismail dan Hajah Arbaayah Binti Haji Yeop Majlis. Semoga Allah memberkati kehidupannya, mendapat nikmat kesihatan yang baik, dimurahkan rezki dan dirahmati Allah dunia dan akhirat. Amin!


Abdul Rahman Hashim
3 Julai 2008.


Titipan Khas Buat Opah dan Atok....Klik video untuk menonton









Related Posts with Thumbnails