PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)

PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)
Haji Hashim Kulup Ismail (Ayahanda) Hajah Arbaayah Yeop Majlis (Bonda). Anak-Anak: Abdul Rahman, Hashimah, Abdul Mutalib, Salim, Mastina, Hamdan, Syuaib, Sufini, Haryati, Suriyani, Ahmad Farid, Nurhanim, Ahmad Syukri & Mohd. Najib

Wednesday, November 26, 2008

Piket aman 'Abdullah Hukum' beri masa 48 jam kepada DBKL...


Keratan akhbar 'Sinar'
(Klik gambar untuk dibesarkan imejnya)

Semasa Yeop bersama keluarga ke rumah Salim di Apartment Abdullah Hukum pada hari Ahad lalu (23 November) untuk melihat Nabil yang sudah bersunat, yeop telah dikhabarkan oleh Salim bahawa Makcik Minah isteri Haji Abu Noh Ngah (Imam Madrasah) telah ke rahmatullah dan akan dikebumikan sebelah petang di tanah perkuburan Jalan Ang Seng. Innalillah......

Bukan itu sahaja peristiwa yang berlaku di sana, rupa-rupanya telah tercetus juga satu piket secara aman yang telah mengumpulkan apa yang didakwa sebagai anak-anak jati Kg. Abdullah Hukum yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Masyarakat Tertindas Kampung Abdullah Hukum, Encik Roslan Mat.
Suara lantangnya kedengaran di dalam slot berita TV3 dan juga mendapat liputan daripada akhbar Sinar keesokan harinya. Syabas dan tahniah kepada Roslan yang bertindak berani menyuarakan isu berkenaan. Diantara perkara yang disentuhnya ialah beliau mendesak pihak DBKL supaya segera menimbangkan permohonan 'peringkat ketiga' untuk pembelian unit-unit rumah apartment yang masih kosong, dan beliau kesal kerana pihak berkenaan didapati tidak memberikan keutamaan lagi kepada penduduk asal kampung ini sebaliknya didapati telah meluluskan permohonan kepada 'orang luar'.

Roslan telah memberi kata dua dengan memberi masa 48 jam kepada DBKL untuk bertindak. Jika masih gagal berbuat demikian, pihaknya dikatakan akan mengemukakan tindakan undang-undang kepada pihak Datuk Bandar DBKL.

Encik Roslan, saya minta maaf kerana tidak dapat turut serta dalam piket tersebut, kerana saya sendiri tidak mendapat maklumat mengenainya. Namun demikian, sebagai penduduk asal Kampung Abdullah Hukum saya memberikan sokongan padu kepada anda untuk terus memperjuangkan yang hak.

Sunday, November 23, 2008

Nabil masuk jawi..



Nabil 8 tahun (anak Salim) masuk jawi hari ini (22 November 2008). Alhamdulillah segala-galanya telah selamat disempurnakan di Despensari TNB di Jalan Bangsar. Satu majlis doa selamat dan jamuan tengahari telah diadakan di rumah Salim di Apartment Abdullah Hukum pada hari Ahad, 23 November 2008.

Turut hadir meraikannya ialah semua adik beradik termasuk Rohaiza Sapian yang datang bersama-sama dengan anak-anaknya (Lihat Gambar Bawah).


Tuesday, November 18, 2008

Koleksi Gambar-Gambar Keluarga Hashimarbain

Bersama 'Opahsu' di rumah Yong Ma


Opahsu, 80 tahun



Di Rumah Salim



Hari Jadi Yong Nora Ke-43 - (2 November 2008)
Di Pizza Hut Wangsa Maju





Kelahiran Anak Farid/Haiza - FARIS
Cucu Ke-36


Gambar Kiri: Faris. Kanan: Faris bersama Nur Aimi Arissa (Anak Suria)

Hari Jadi Yeya Ke-7 Tahun




Yong Nora


Gambar Kiri: Bersama Bonda Arbaayah, Kanan: Berhari Raya di kediaman Dato' Sri Zulhasnan
Related Posts with Thumbnails