PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)

PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)
Haji Hashim Kulup Ismail (Ayahanda) Hajah Arbaayah Yeop Majlis (Bonda). Anak-Anak: Abdul Rahman, Hashimah, Abdul Mutalib, Salim, Mastina, Hamdan, Syuaib, Sufini, Haryati, Suriyani, Ahmad Farid, Nurhanim, Ahmad Syukri & Mohd. Najib

Friday, January 30, 2009

Yea..... hr ni my b'day...... HAPPY BIRTHDAY TO YOU....!!!!!!



Hehehehe... Hari ni iaitu 30 Januari 2009 genaplah usia Ya 28 tahun... (tak tua lg tau).. Terlebih dahulu Ya ingin mengucapkan terima kasih suami Ya yang tersayang iaitu Mus kerana awal2 lg dh wish serta kepada adik beradik Ya yang ingat dan wish b'day kat Ya... Semoga aper yang kalian doakan untuk Ya akan diberkati Ilahi... Doakan juga Ya akan mencapai cita-cita yang selama ini Ya impikan iaitu ingin menjadi seorang Makeup Artist yang professional suatu hari nnti... Hehehehe... Untuk tahun 2009 ini Ya akan lebih gigih berusaha untuk mencapai apa yang Ya impikan...

Untuk kesekian kalinya Ya juga telah menubuhkan Blog Ya sendiri yang di beri nama SANGGAR INDAH... Sedap tak nama tu... Terima kasih Ya nk ucapkan pada Yeop kerana Yeop telah ajar Ya bagaimana nk menghasilkan blog butik maya Ya yang bagi Ya sangat berpuas hati...
Insyaallah dengan berkat dorongan suami dan keluarga yang akan lebih bersungguh2 untuk menjalankan perniagaan yang memang Ya minati dan angankan...


DOAKAN SANGGAR INDAH YANG DIIMPIKAN MENJADI KENYATAAN..... (http://www.sanggarindah.blogspot.com/)

Monday, January 26, 2009

Aida Ikon Gadis Melayu buat kenduri doa selamat


Nurul Ain Nabiha bergambar dengan Aida


Ain Nabiha juga bergambar dengan Aishah


Ain Nabiha dikapit oleh Aida & Aishah

Siang tadi kira-kira pukul 4.30 petang (25 Januari 2009) yeop pergi ke rumah Mak. Mak dan Apak baru saja balik daripada rumah Yong Yama di Bandar Country Homes di Rawang, selepas menghadiri majlis kenduri kesyukuran 'Aida' Ikon Gadis Melayu TV9 hari ini.
Apak bertanyakan kepada yeop kenapa kamu tak pergi ke rumah Yong Yama? Yeop beritahu Apak, tidak ada sesiapa pun yang memaklumkan kepada yeop tentang majlis kesyukuran Ikon Gadis Melayu ini.
Walau bagaimanapun yeop dan keluarga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Aida di atas kejayaannya merangkul anugerah Ikon Gadis Melayu TV9 tempoh hari. Yeop mohon maaf kepada Yong Yama kerana tidak berpeluang meraikan majlis kesyukuran ini, kerana tidak ada seorang pun adik-adik yeop yang sudi nak maklumkan kepada yeop.
Yeop diberitahu adik-adik yang turut hadir meraikan majlis itu ialah Shimah, Salim, Mastina, Yati, Suria, Hanim bersama keluarga masing-masing. Kabarnya, ramai juga peminat dari kalangan sanak keluarga, rakan-rakan taulan yang menghadiri ke majlis kesyukuran Aida. sehingga sajian makanan khabarnya juga tidak mencukupi. TV9 juga turut membuat liputan untuk siaran rancangan khasnya minggu hadapan.
Salim telah menghantar blutooth gambar-gambar anaknya (Nurul Ain Nabiha bersama Aida). Sila lihat gambar di atas.

Monday, January 19, 2009

Safwan anak Sufini sambut hari jadi ke-6 tahun






Ahmad Safwan Bin Abdullah jihad (Anak Sufini) menyambut hari jadinya yang ke-6 tahun hari ini (18 Januari). Safwan dilahirkan pada 19 Januari 2003, namun majlis jamuan menyambut hari jadinya itu diadakan lebih awal hari ini. Majlis jamuan tersebut telah diadakan di rumah Mak yang turut dihadiri oleh beberapa buah keluarga. Diantara keluarga yang hadir ialah keluarga Yeop, keluarga Shimah, keluarga Yati, keluarga Syuaib dan keluarga Suriyani. Mereka yang hadir telah dijamukan dengan sajian makanan mee kari, nugget dan kuih muih yang lainnya. SELAMAT HARI JADI SAFWAN...!!

VIDEO - AYAHCU MENYANYIKAN LAGU HARI JADI



VIDEO - SAFWAN BIRTHDAY BOY.

Friday, January 16, 2009

TAHNIAH, AIDA CICIT YEOP MAJLIS IKON GADIS MELAYU


Warga HashimArbain turut merasa bangga di atas kejayaan AIDA yang muncul sebagai 'ikon' Gadis Melayu buat julung kalinya bagi TV9. Kelmarin (15 Januari) Khairul Noormaidah Bt. Zali anak Yong Yama telah membuat kejutan dengan penampilan yang begitu menarik dan menawan hati sehingga AIDA telah mengungguli kejuaraan yang diidamkan oleh setiap Gadis Melayu zaman ini.
Kami mendoakan agar AIDA terus mensyukuri kejuaraan ini yang telah ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia, dan berharap bakal selebriti ini terus mendapat restu ibu bapanya. Sanak saudara dan 'Warga @ Keluarga Yeop Majlis' tentunya turut berbangga di atas kemunculan cicit Yeop Majlis ini menampilkan imej Gadis Melayunya. Nampaknya lepas ini makin glamourlah cicit Yeop Majlis ini di kaca TV apabila muncul sebagai 'Pengacara TV9'.

Friday, January 9, 2009

PALACE OF THE GOLDEN HORSES



Koleksi gambar semasa Yeop menjadi tetamu 'Palace Vacation Club' di Hotel Palace Of The Golden Horses, di Seri Kembangan pada 8 Januari 2009:












Monday, January 5, 2009

SELAMAT HARI JADI TALIB YANG KE-43 TAHUN


Abdul Mutalib Hashim. Gambar Kanan: Talib dengan isterinya, Ema.

HashimArbain mengucapkan 'Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Yang Ke-43 Tahun' kepada Abdul Mutalib Hashim (Ayah Alang) yang jatuhnya pada hari ini (5 Januari). Bukan sekadar mengucapkan selamat hari jadi, malah kami mendoakan semoga dimurahkan rezki, dikurniakan kesihatan yang baik lagi afiat. 43 tahun sudah berlalu, menandakan usia kita semakin bertambah. Usia yang meningkat tidak bermakna diri kita dianggap tua, tetapi muda kita sebenarnya telah dimamah usia. Bersyukurlah kita kerana dipanjangkan umur, semoga amalan kita di dunia ini dapat ditingkatkan untuk bekalan di hari akhirat kelak.

Saturday, January 3, 2009

Selamat Kembali Ke Sekolah Sesi 2009

HashimArbain mengucapkan 'Selamat Kembali Ke Sekolah Sesi 2009' kepada semua anak-anak saudara Pak Yoep yang akan memulakan persekolahan pada 5 Januari depan. Kami mendoakan semoga permulaan sesi persekolahan tahun ini dapat disertai dengan keyakinan dan keazaman untuk maju di dalam pelajaran. Contohilah mereka yang telah berjaya dengan cemerlang, agar diri kita turut teruja dengan ciri-ciri kecemerlangan itu.
Rebutlah peluang yang disediakan di musim persekolahan kali ini supaya diri kita menjadi insan yang kamil dilengkapi dengan ketajaman minda yang memiliki syaksiah diri untuk kebahagiaan bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat. Insya Allah!
Siapa jua yang bakal menempuhi peperiksaan samada UPSR, PMR mahupun SPM didoakan kejayaan untuk mereka.


ARIEF IKMAL @ EBBY BIN ABDUL RAHMAN
TERIMA ANUGERAH CEMERLANG

Tahniah kepada Arief Ikmal @ Ebby (Anak Yeop) yang telah menerima trofi anugerah cemerlang bagi kategori "Sivik dan Kewarganegaraan' Darjah 5 Tahun 2008, di Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R.10. Trofi ini diterimanya pada 2 Januari yang lalu di dalam satu Majlis Anugerah Cemerlang Tahun 2008 yang diadakan di sekolah berkenaan. Tahun ini Ebby berada di dalam Darjah Enam dan bakal menempuhi peperiksaan UPSR.


Arief Ikmal Abdul Rahman dan Trofi Kecemerlangannya.

Maulid, sepupu kita....


Maulid.

Yeop Man terharu sekali apabila membuka blog ini, terlihat nama Muhammad Maulid Bin Mohamad Sapian (Foto) di ruangan komen, dimana beliau telah sempat singgah di laman blog hashimArbain seterusnya mencatat serba sedikit komennya di dalam bab-bab tertentu. Yeop Man berbangga sekali kerana Maulid begitu mengambil berat tentang perjalanan hidup keluarga kita.
Untuk pengetahuan warga hashimarbain, terutamanya kepada anak-anak saudara yang mungkin tak perasan dengan nama 'Muhammad Maulid Bin Mohamad Sapian'; beliau ialah adik beradik sepupu Pak Yeop, anak bongsu Allahyarhamah Makcik Sabariah Yeop Majlis dan Allahyarham Pakcik Yan. Makcik Sabariah pula ialah kekanda kepada Opah.
Anak-anak Makcik Sabaraiah, selain Maulid ialah Kak Nor, Kak Yah (Allahyarhamah), Edah, Ruhaiza, Rohaya dan Kamal. Yeop Man dah lama sangat tak mendengar kabar berita Maulid. Perhatian Maulid terhadap laman blog ini telah membuatkan Yeop Man begitu mengingati dan mengharapkan Maulid supaya sentiasa communicate dengan keluarga 'Wan Kechik' di Bangsar. Rasanya Yeop Man juga ingin tahu tentang perkembangan diri Maulid sekarang ini.
Maulid masih tinggal di Taman Selayang lagi ke? Udah berape org anak sekarang ni? Maulid bekerja di mane sekarang? Jika boleh Maulid hubungi Yeop Man (012-8844169) ataupun email 'hashimarbain@gmail.com'
Yeop Man doakan Maulid sentiasa sihat walafiat. Semoga pertalian kekeluargaan kita sentiasa diakrabkan lagi.


Friday, January 2, 2009

Tahniah buat Ijat, Pak Usu (Najib) dan Kak Yong Mira..


Amirul Izzat Abdul Rahman


Mohd. Najib Hj Hashim


Fatin Amira Anuar @ Kak Yong

Tahniah kepada Ijat, Pak Usu (Najib) dan Kak Yong (Fatin Amira) di atas kejayaan memperolehi keputusan peperiksaan bagi semester yang baru lalu dengan pointer yang memuaskan dan cemerlang. Ijat yang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrikal di Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) telah memperolehi pointer 2.8, manakala Pak Usu (Najib) yag mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Industri Selangor (UNISEL) telah memperolehi pointer 2.4. Sementara Kak Yong Mira pula telah memperolehi pencapaian pointer 3.01 di dalam kursus Diploma Masscom di Unisel.
Semoga mereka bertiga akan terus berjaya dengan pencapaian yang lebih baik dalam semester yang berikutnya.

Selamat Hari Jadi Kelahiran Disember...


Kiri: Hamzi, 17 tahun. Kanan: Hamidullah, 5 tahun


Kiri: Fahim, 9 tahun Kanan: Sofea, 5 tahun


Nabiha, 12 tahun


Upacara Potong Kek Model Rama-Rama

HashimArbain mengucapkan 'Selamat Hari Jadi' kepada semua anak-anak saudara kelahiran Disember. Diantara mereka yang lahir pada bulan Disember ialah:-

  • Muhamad Iqbal Hamzi bin Anuar - 1 Disember 1991 (17 Tahun)
  • Muhamad Hamidullah bin Hamdan - 16 Disember 2003 (5 Tahun)
  • Hani Sofea Rizal - 21 Disember 2003 (5 Tahun)
  • Nurul Ain Nabiha Bt Salim - 26 Disember 1996 (12 Tahun)
  • Muhamad Fahim bin Hamdan - 28 Disember 2008 (9 Tahun)

Satu majlis sambutan hari jadi serentak untuk kelima-lima beradik ini telah berlangsung dengan meriahya pada 21 Disember yang lepas, bertempat di Restoran A&W di Petaling Jaya.Sebahagian besar daripada sanak keluarga termasuk Mak/Apak telah memeriahkan lagi jamuan hari jadi mereka.

Ibu dan bapa mertua Yati juga turut hadir meraikan hari jadi cucunya, Hani Sofea Rizal. Yeop mohon maaf kerana lewat memuatkan berita sambutan hari jadi ini, kerada seminggu yeop berada di Sarawak sejak 22 Disember lepas dan baru pulang ke KL 1 Januari 09.

Suasana Majlis Jamuan Hari Jadi di A&W Petaling Jaya (21 Dis 08)





Apak bersama dengan Bapa Mertua Yati

Mak bersama Ibu Mertua Yati

VIDEO - BIRTHDAY PARTY - 21ST DEC 08


VIDEO - UCAPAN SENDA GURAU JIHAD
Related Posts with Thumbnails