PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)

PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)
Haji Hashim Kulup Ismail (Ayahanda) Hajah Arbaayah Yeop Majlis (Bonda). Anak-Anak: Abdul Rahman, Hashimah, Abdul Mutalib, Salim, Mastina, Hamdan, Syuaib, Sufini, Haryati, Suriyani, Ahmad Farid, Nurhanim, Ahmad Syukri & Mohd. Najib

Monday, March 30, 2009

Adli & Bibah berkahwin pada Disember 2009, Insya Allah!


Adli (kiri sekali) bersama Ibu Nora, Aiman dan Ebby
di Tesco Shopping Complex di Pengkalan, Ipoh.
15 Mac 2009.



Bibah, tunang Adli (Di tengah) bersama Ibu Nora
di rumah Ayahanda Bonda Bibah di Desa Aman,
Pengkalan, Ipoh - 15 Mac 2009.

Pada 15 Mac lalu, Yeop, Yong Nora bersama-sama dengan Saiful Adli telah berkunjung ke rumah bakal besan di Taman Desa Aman, Pengkalan, Ipoh untuk berbincang mengenai penetapan tarikh perkahwinan Adli dan Bibah. Di dalam perbincangan tersebut kami telah bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan 'Adli dan Bibah' pada awal Disember 2009, manakala majlis sambutannya di pihak lelaki (Adli) ialah pada 26 Disember 2009.

Selamat Hari Jadi Ayu Puteri Wahida 16 Tahun, dan Ebby 12 Tahun.


Puteri, 16 Tahun dan Ebby, 12 tahun

Selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran kepada dua beradik ini iaitu Ayu Puteri Wahida bt Abdul Rahman, 16 tahun pada 23 Mac 2009 dan Arief Ikmal @ Ebby Bin Abdul Rahman, 12 tahun pada 28 Mac 2009.

Saturday, March 14, 2009

TAHNIAH, HAMZI DAPAT 5A+5B PEPERIKSAAN SPM

Hamzi

Tahniah...Mohd. Iqbal Hamzi (Anak Shimah/Nuar) telah berjaya memperolehi 5A+ 5B di dalam peperiksaan SPM yang telah diperolehinya 12 Mac lalu. Hamzi telah menamatkan persekolahan dalam Tingkatan 5 di SMK Teknik Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan. Pencapaian ini akan melayakkan dirinya untuk melanjutkan lagi pelajarannya ke IPT. Didoakan amzi akan terus cemerlang di masa hadapan.


Monday, March 9, 2009

MR. OS MASIH MENYANYI DI FUN FAIR..


Ini gambo Yeop bersama dengan Mr. Os. Gambo ini diambil pada 8 Mac 2009 semasa Yeop singgah di Tapak Fun Fair di Matang Jaya, Kuching, Sarawak. Dah lama yeop tak masuk ke fun fair seperti ini. Dulu masa kecik pernah juga Mak dan Apak membawa yeop ke fun fair - kalau tak silap di Jalan Maarof, Bangsar, dan pernah juga yeop berkunjung ke fun fair di Brickfileds sekitar tahun 1970-an.

Pada masa itu budaya fun fair begitu popular di kalangan masyarakat bukan sahaja di bandar-bandar besar malah konsert bergerak ini juga sering menjadi tumpuan di kampung-kampung pedalaman.

Para artis yang menerima jemputan membuat persembahan di pentas fun fair pasti dikejar oleh penonton tempatan kerana mereka takkan melepaskan peluang ini untuk menonton secara live artis kesayangan mereka pada masa itu.

Para artis dan seniman negara seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Puan Sri Saloma, Datuk Ahmad Jais, Datuk A. Rahman Hassan, Allahyarham Datuk Ahmad Daud, Allahyarham Normadiah, Datuk Sharifah Aini, Allahyarham Datin Rafeah Buang, Allahyarham A. Ramlee dan ramai lagi yang dulunya mereka ini cukup diminati.

Hari ini pentas fun fair tidak semeriah dulu, malah ianya semakin pupus dan ianya telah ditenggelami oleh konsert-konsert mega yang eksklusif serba canggih yang mendapat tajaan lumayan daripada sektor korporat, bahkan kadar bayaran masuknya juga mencecah ratusan ringgit yang tak mampu dibeli oleh penonton pentas fun fair.

Konsert Jom Heboh yang dianjurkan oleh TV3 merupakan konsep hiburan ala fun fair yang pernah dianjurkan oleh tauke-tauke fun fair dahulunya. Kadar bayaran para artis juga lebih lumayan jika dibandingkan dengan pentas fun fair dahulu.

Sekarang ini jika pentas fun fair diadakan, rasanya artis-artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, M. Nasir, Mawi, Amy Search, Awi, Era Fazira dan seangkatannya tidak akan mencemarkan imej masing-masing untuk menjadi artis fun fair; namun demikian apabila yeop melihat OS terkinja-kinja di pentas fun fair di Kuching, Sarawak sambil menyanyi lagu hitnya 'Buah Durian Dah Berbunge' versi Perak yang ditukar ke versi Sarawak 'Derian Udah Bungai' (Bahasa Iban), tersentuh di hati yeop adakah artis sepertinya saja yang masih mengharapkan jemputan untuk menafkahi kehidupannya?

Apa pun yeop rasa terhibur juga kerana Os memang berbakat dengan gelegat lawaknya sehingga komuniti Iban yang menontonnya turut terhibur. Tahniah Os.


Saturday, March 7, 2009

SELAMAT HARI JADI BUAT SHIMAH, 46 TAHUN...

Hari ini, 7 Mac 2009 adalah HARI JADI Hashimah Hashim yang ke-46 tahun. Hashimah adalah anak yang ke-2 kepada pasangan Hashim/Baei (HashimArbain). Shimah lahir pada 7 Mac 1963. Anak-anak sedare semuanya panggil dia MAK NGAH. Dalam keluarga HashimArbain, terdapat 14 adik beradik - 8 lelaki dan 6 perempuan. Shimah (Mak Ngah) merupakan kakak yang tertua sekali, selepas Yeop (Pak Yeop). Dalam usianya yang ke-43 tahun, pasangan Shimah & Nuar kini mempunyai 4 orang anak yang disayangi - Mira@Kak Yong, Amzi, Yasmin dan Yeya.
Marilah sama-sama kita mengucapkan 'SELAMAT ULANGTAHUN KE-43' kepada Hashimah@Mak Ngah. Semoga Allah merahmati dan juga memberkati kehidupannya seiisi keluarga.
Yeop minta maaf, kerana di hari sambutan 46 tahun ini, yeop masih berada di Sarawak sejak 4 Mac yang lalu. Mungkin balik KL minggu depan.

Thursday, March 5, 2009

TAHNIAH..!!! AFIQ HAZLAMI



Tahniah kepada Afiq Hazlami (Abg Long) kerana telah berjaya memasuki Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban dengan melayakkan diri mengikuti kos Kejuruteraan Mekanikal.
Semoga Abg Long akan terus berjaya dengan pencapaian yang lebih baik dan membanggakan dalam SPM nanti.
Related Posts with Thumbnails