PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)

PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)
Haji Hashim Kulup Ismail (Ayahanda) Hajah Arbaayah Yeop Majlis (Bonda). Anak-Anak: Abdul Rahman, Hashimah, Abdul Mutalib, Salim, Mastina, Hamdan, Syuaib, Sufini, Haryati, Suriyani, Ahmad Farid, Nurhanim, Ahmad Syukri & Mohd. Najib

Thursday, April 30, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN NAJIB YANG KE-22 TAHUN.

Mohd. Najib Hashim, 22 tahun

Hari ini, 30 April 2009 giliran 'Najib' pula menyambut hari kelahirannya yang ke-22 tahun. Mohd. Najib Hashim merupakan anak yang ke-14 iaitu anak bongsu kepada HashimArbain. Mohd. Najib kini masih menuntut di Unisel, Batang Berjuntai, Selangor. Warga HashimArbain mengucapkan selamat hari jadi kepadanya, semoga Allah terus memberkati kehidupannya. Amin.

Monday, April 20, 2009

SELAMAT HARI LAHIR KE 34 TAHUN KEPADA SYUAIB

Syuaib Hashim, 34 tahun

Alhamdulillah...Hari ini 20 April 2009 merupakan Hari Ulangtahun Kelahiran Syuaib Hashim yang Ke- 34 tahun. Seisi keluarga mengucapkan syukur di atas nikmat usia yang panjang ini, semoga diiringi juga dengan rahmat dan keberkatan di dunia dan juga di akhirat. Amin!


Sunday, April 12, 2009

Khenduri arwah untuk bapa mertua Hamdan

Kelmarin 11 April 2009, masuk hari ke-7 pemergian ke rahmatullah bapa mertua Hamdan. Kami sempat menghadiri ke majlis khenduri arwah tersebut yang diadakan semalam di Taman Medan. Ramai sanak keluarga arwah yang hadir termasuk keluarga HashimArbain.

Kelihatan yang hadir meraikan majlis ini ialah Apak dan Mak serta keluarga Yeop, Shimah, Hamdan, Shuaib, Mastina dan juga keluarga Sufini. Kami mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat....Alfatihah!

Di dalam majlis tersebut kami juga dapat bertemu 'Pak Yang@Pak Lang Sulaiman Mat Salleh' iaitu adik beradik sedatuk Mak yang sememangnya mendiami di Taman Medan itu sejak sekian lamanya. Rumahnya tidak jauh daripada rumah bapa mertua Hamdam (Sejiran). Beliau kini 66 tahun dan kelihatan masih sihat walafiat. Kemesraannya tetap sama seperti dahulu, membuatkan kami teruja dengannya.

Sulaiman Mat Salleh juga merupakan anak saudara Tok Yeop Majlis. Bapanya Mat Salleh Bin Pandak Mohid dengan Tok Yeop Majlis Bin Pandak Mohid adalah adik beradik.


KENANGAN BERSAMA PAK YANG LEMAN MAT SALLEH


Sulaiman Mat Salleh bersama Apak


Sulaiman Mat Salleh bersama Mak


Sulaiman Mat Salleh (Tengah) bersama Hamdan dan Shuaib.


Thursday, April 9, 2009

Kenangan di Bukit Bendera Pulau Pinang - 7 April 2009
















Kenangan di Lesure Bay, Pulau Pinang - 6 & 7 April 2009










Kenangan di Tanjung Dawai, Kedah - 6 April 2009




Makan 'Radix Fried Chicken' di Sungai Petani

Tengah malam 4 April, kami sempat singgah makan di Radix Fried Chicken (RFC)' satu-satunya di Sungai Petani. Enaknya seperti makan KFC juga.






Mandi di kolam renang Hotel Seri Malaysia Sg. Petani - 4 April 2009






Percutian di Pulau Pinang dan Sg. Petani




Gambar kenangan di atas ferry P.Pinang

Izinkan yeop merakamkan cerita bergambar mengenai percutian yeop sekeluarga di Pulau Pinang dan Sg. Petani pada 3, 4, 5, 6 dan 7 April lalu. Yeop juga mengambil peluang percutian keluarga ini ke Bukit Selambau di Sg. Petani dan juga di Bukit Gantang, Perak, sekadar untuk membuat tinjauan rambang perjalanan pilihan raya kecil di sana.

Yeop ke sana tidak berseorangan. Yeop bersama-sama dengan yong Nora serta anak-anak iaitu Ayu Puteri, Aiman dan Arief Ikmal@Ebby.

DI COPTHORNE ORKID HOTEL, TG. BUNGAH, P.PINANG
3 APRIL 2009


Hotel Copthorne Tg Bungah.


Atas - Dalam bilik Copthorne. Bawah: Lobi Hotel


Atas - Atas ferry P.Pinang. Bawah: Di Lobi Copthorne Hotel


Lokasi - Perkarangan Copthorne Hotel di Tg Bungah


Lokasi - tepi pantai Copthorne Hotel


Ayu Pu3, Aiman dan Ebby di branda Copthorne Hotel

Related Posts with Thumbnails