PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)

PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)
Haji Hashim Kulup Ismail (Ayahanda) Hajah Arbaayah Yeop Majlis (Bonda). Anak-Anak: Abdul Rahman, Hashimah, Abdul Mutalib, Salim, Mastina, Hamdan, Syuaib, Sufini, Haryati, Suriyani, Ahmad Farid, Nurhanim, Ahmad Syukri & Mohd. Najib

Friday, November 27, 2009

SALAM EIDUL ADHA, BERKORBAN APA SAJA, HARTA ATAUPUN NYAWA...

Salam eidul adha buat semua sanak keluarga hashimarbain dan kepada semua sanak saudara samada yang dekat mahu pun yang jauh. Begitu juga salam yang sama buat para penyinggah blog ini yang sudi menjengah laman maya kami yang tidak sepertinya ini.

Sempena hari raya korban ini juga, marilah kita semua tawadhu' untuk menyuluh inti dalaman diri kita sejauh mana semangat perngorbanan yang telah tersemai selama ini demi ketaatan kepada Allah, kepada agama suci kita, dan juga terhadap ibu dan bapa. Nilai pengorbanan ini amat penting untuk meletakkan diri kita sebagai insan yang bertaqwa.

Pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s yang diperintahkan untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail merupakan natijah kepada hari raya korban yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia sempena ketibaan 10 Zulhijah yang juga dikenali sebagai Hari Raya Haji.

Nabi Allah Ibrahim tanpa berat hati sanggup melakukan pengorbanan menyembelih anaknya itu kerana Allah telah memerintahkannya berbuat demikian. Namun begitu Nabi Ismail yang hendak disembelihnya telah ditukarkan oleh Allah dengan seekor kibas (kambing biri-biri). Iktibar daripada peristiwa ini menggambarkan betapa besarnya nilai pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan juga Nabi Ismail.

Mengambil iktisar sejarah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail ini, marilah kita bertekad untuk menerapkan semangat pengorbanan ini dengan menambahkan lagi amalan berbakti dan ketaatan kita kepada Allah SWT. Dalam konteks kekeluargaan pula, kita dituntut untuk berbakti memakmurkan ikatan silaturrahim yang sedia terjalin.

Berkorbanlah untuk membantu terhadap mereka yang memerlukan pengorbanan kita. Janganlah berat di hati kita untuk melihat dan memberi bantuan yang perlu kepada sanak keluarga kita yang ditimpa kesusahan. Jika bukan diri kita, siapa lagi yang akan membantunya. Bersykurlah dengan nikmat yang Allah berikan, malah sewajarnya kita menggembirakan pula kepada mereka yang wajar diberikan bantuan.

Selamat Hari Raya Eidul Adha....




Related Posts with Thumbnails