PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)

PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)
Haji Hashim Kulup Ismail (Ayahanda) Hajah Arbaayah Yeop Majlis (Bonda). Anak-Anak: Abdul Rahman, Hashimah, Abdul Mutalib, Salim, Mastina, Hamdan, Syuaib, Sufini, Haryati, Suriyani, Ahmad Farid, Nurhanim, Ahmad Syukri & Mohd. Najib

Saturday, February 27, 2010

KELUARGA YEOP MAJLIS PANDAK MOHID



Haji Yeop Majlis Pandak Mohid (Arwah)
Isteri Pertama: Che' Mi Bt Abdul Rahman (Arwah)
Isteri Kedua: Shamsiah (Arwah)
Isteri Ketiga: Hjh Habsah
Hj. Tain, 84 tahun


ANAK YEOP MAJLIS (ISTERI PERTAMA)

1. Kalsom Yeop Majlis (Arwah)
2. Che' Zan Yeop Majlis (Arwah)

3. Zainon Yeop Majlis
(Arwah)







4. Mohd. Nasir Yeop Majlis (Arwah)
5. Mohd. Salji Yeop Majlis (Arwah)

6. Haji Yahya Yeop Majlis
74 tahun.







7. Sabariah Yeop Majlis
(Arwah)







8. Dato' Hj. Ahamed Hambal Yeop Majlis
(Arwah)








9. Hajah Arbaayah Yeop Majlis
66 tahun







10. Mohd. Ali Yeop Majlis
61 tahun






11. Osman Yeop Majlis (Arwah)


ANAK YEOP MAJLIS (ISTERI KEDUA)

1. Salleh@Daud Yeop Majlis (Arwah)

2. Hj. Abu Bakar Yeop Majlis
(Arwah)









ANAK YEOP MAJLIS (ISTERI KETIGA)

1. Hajah Asma Yeop Majlis
57 tahun






2. Profesor Dr. Hj. Burhanuddin Yeop Majlis
55 tahun






3. Abdul Rahim Yeop Majlis
53 tahun







4. Salihun Yeop Majlis
51 tahun







5. Mohd. Jamil Yeop Majlis
49 tahun







6. Jamaluddin Yeop Majlis
48 tahun








7. Jalaluddin Yeop Majlis
44 tahun






8. Abdul Jalil Yeop Majlis
42 tahun







9. Khalili Yeop Majlis
41 tahun










NOTA:
Terdapat 7 orang lagi anak-anak Yeop Majlis yang tidak sempat diberi nama, kerana telah meninggal dunia semasa kelahiran.

Saturday, February 20, 2010

SENTUHAN BUAT YANG TERSENTUH...

Yeop kini telah mencecah usia ke setengah abad. Usia 50 tahun ini tentunya tidak boleh lagi dianggap muda. Tentunya yeop bersyukur kerana seusia begini kesihatan walaupun tidak sehebat dahulu, tetapi Tuhan masih memberikan kekuatan akal fikiran dan masih mampu mencari rezeki untuk menyara kehidupan sekeluarga. Walaupun tidak dilimpahi kekayaan, namun naluri kesyukuran tetap terpahat di hati.

Susah, senang, pahit dan getir menempuhi jalur kehidupan selama ini semuanya bermula dengan tangisan setelah kita dilahirkan dari kandungan perut ibu yang bertarung nyawa untuk mencelikkan mata anaknya supaya dapat melihat bulan dan matahari.

Oh..Alangkah malangnya seorang ibu yang terpaksa mengenang deritanya akibat perbuatan durjana anaknya sendiri yang dilihat semakin angkuh dan lupa daratan bagaikan kacang melupakan kulit. Lebih menyedihkan lagi jika seorang anak terlupa bahawa dirinya membesar setelah bersendawa dengan air susu yang telah menjadi darah dan dagingnya hari ini.

Bukanlah ibu mengharapkan sangat wang ringgit dari anaknya semata-mata untuk menyambung nyawanya yang masih berbaki itu...dia tidak perlukan tengkolok 'kepala agung' itu untuk dijadikan balasan setelah dia berjaya menjadikan anaknya seorang manusia yang bukan berhati binatang.

Mak dengan Besannya

Apak dengan Besannya

Janganlah seorang anak begitu berbangga sehingga berlagak sombong dengan harta benda yang sedang dimiliki sehingga menjadi kabur tentang asal usulnya sendiri. Kenapa kita mesti mencari banyak alasan untuk berbaik sangka terhadap ibu bapa yang menjadikan diri kita seorang manusia? Bukan sekadar itu sahaja, janganlah terlampau banyak sangat jalur kesombongan yang dipalitkan kepada orang lain, sedangkan diri sendiri juga diselaputi dengan banyak prasangka buruk sehingga tidak menyedari bahawa 'hati yang busuk' itu ada pada diri sendiri.

Ingatlah harta yang dimiliki tidak kekal sampai ke mati. Tidak ada gunanya kita bermegah dengan sedikit kekayaan yang dimiliki jika kita miskin dan bankrap dengan 'akal budi'. Allah pada bila-bila masa sahaja boleh mencabut balik kesenangan itu jika kita masih riak dan takbur dengan pendirian (ego) yang salah ini.

Agak sukar orang yang sombong dan takbur untuk menerima hakikat ini, kerana dirinya telah terhijab untuk mendengar rintihan dan pandangan orang lain. Sesungguhnya jurang pemisah telah menjadi perangkap terhadap dirinya sendiri sehingga sukar lagi untuk dirinya menginsafi kesalahan yang telah dilakukan. Orang lain semuanya tidak betul belaka, tetapi terlalu sukar pula untuk menyatakan diri sendiri juga tidak betul.

Sepatutnya kita mesti melakukan muhasabah diri dan tawadhuk dengan cabaran yang dihadapi. Mungkin juga nikmat kesenangan ini adalah ujian yang diturunkan oleh Allah untuk melihat tahap ketulusan hati ketika menghadapinya. Mungkin juga kesenangan yang dikecapi ini hanya sementara waktu untuk menghadapi musibah yang tidak terduga oleh kita akan berlaku.

Kadang-kadang kita perlu juga menginsafi betapa daulatnya aura MAK & APAK. Jangan biarkan diri mereka rasa terhina dek perbuatan kita. Begitu juga jangan sekali-kali kita bermegah dengan umpanan wang ringgit terhadap mereka, seolah-olah kita merasakan hanya diri kita sahaja yang berkeupayaan untuk memberikan kesenangan kepada kedua-dua mereka; manakala yang lain-lain kononnya tidak setanding dengan dirinya. Sebenarnya, siapa yang bersikap sedemikian, memanglah dianya seorang yang sombong dan angkuh. Orang yang sombong dan angkuh terlalu sukar untuk mengakui dirinya sedemikian rupa.

Apakah menjadi satu kesalahan bagi seorang anak untuk mencurahkan 'bakti budi' kepada ibu dan bapanya sendiri? Begitu juga yeop nak bertanya, adakah terlalu hina jika MAK&APAK sekadar bertanyakan sedikit wang ringgit dari anak-anaknya, sehingga tergamak kita melontarkan berbagai alasan dan hujah yang boleh menyinggung hati kecilnya? Kenapa kita mesti meletakkan banyak syarat yang tidak munasabah untuk dijadikan hujah kesombongan seolah-olah tanpa diri kita orang tua kita akan hidup melarat?

Siapa kata orang tua kita akan melarat tanpa mendapat ehsan dari anaknya yang sombong itu? Pada diri yeop...anak yang sedemikianlah yang perlu insaf, kerana tanpa adanya kedua orang tua itu, kamu tidak akan kesampaian untuk terus hidup hingga ke hari ini.

Suami kamu hanya muncul terkemudian dalam hidup kamu...sebelum kamu didakap suami, ibulah yang bersengkang mata, menidurkan kamu, menumpahkan susu di mulut kamu, mendakap kamu, mengusap kamu, melampin dan membasuh najis kamu, membasuh pakaian kamu, mengajar alif ba ta seterusnya memberikan pelajaran kepada kamu sehingga mak & apak pernah bergadai bergolok untuk membiayai kehidupan anak-anaknya? Kamu tahukah itu semua???

Kita bukannya berasal dari keluarga yang senang..apalah salahnya jika kita mengenang sejenak asal usul bagaimana diri kita boleh terjadi? Yeop rasa senang hati bila mendengar pengakuan kamu untuk mentaati suami yang pernah kamu cerca suatu ketika dahulu, tetapi hari ini kamu telah diberikan ujian getir untuk membuat pilihan yang memeritkan diri kamu....diantara suami atau ibubapa?

Kenapakah sang suami kamu tergamak menyiksa diri kamu seolah-olah dia seorang sahajalah yang patut ada mak dan bapa? Adakah dia memperisterikan kamu tanpa dilahirkan oleh seorang ibu, juga tanpa berbapa? Anak kuching pun tahu mencari ibunya, inikan pula manusia. Kenapa harus ada sekatan untuk menidakkan hak anak terhadap ibunya? Persoalan ini memerlukan jawapan yang tulus dari sang suami itu. Kepada sang suami itu, eloklah yeop berpesan juga.....tinggalkanlah lagak, buangkanlah jauh-jauh pangkat yang pernah digalas semasa jadi 'mat terap' dulu. Di dalam keluarga tak boleh bawa budaya 'command' kerana ia tak relevan selagi maut dan ajal di tangan Allah yang Maha Kuasa.

Tolong ajar tentang kebaikan kepada isteri kamu itu, bukannya mengajar isteri supaya hilang respect kepada keluarganya semata-mata untuk membalas dendam yang tidak berfaedah itu. Jika kita menjadikan alasan kononnya ada ipar duai yang bertindak celupar terhadapnya, namun ia bukanlah hujah yang paling tepat untuk menghalalkan tindakan sehingga memutuskan silaturrahim. Sebenarnya, tidak ada faedah langsung jika kita meneruskan perbalahan 'ala doraemon' ini (kartun), sedangkan hakikat sebenarnya kita bukan berada di alam fantasi kartun itu.

Sebenarnya, kita juga terlupa bahawa hubungan aur dengan tebing dan mencincang air takkan putus telah terpesong jauh dalam benak ingatan kita. Kenapa kita harus meneruskan sengketa keluarga ini bagaikan tidak terjumpa noktahnya? Apakah di antara kita sudah ada 'border' yang menjadi jurang pemisah sehingga masing-masing terlupa...rupa-rupanya kita sedarah sedaging?

Jikalau kita berkeinginan untuk mencari noktahnya, buangkanlah prasangka buruk sehingga tertanam perasaan benci untuk mencari kebaikan. Kenapa kita mesti tidak berganjak dengan sikap buruk ini...apakah yang kita mahukan terhadap salasilah keluarga ini? Jika masih ada yang mempertahankan ego masing-masing eloklah dia memohon kepada Tuhannya supaya dia tidak lagi menjadi manusia, sebaliknya jadikanlah diri masing-masing itu sebagai anjing.

Hanya imiginasi itu sajalah yang layak diberikan kepada mereka yang tidak mahu lagi menjadi keluarga manusia.

Akhirul kalam, saranan yang baik itu jadikanlah pedoman, manakala yang tidak mendatangkan keinsafan lagi, yeop doakan eloklah segera berubat supaya cepat sembuh. Kepada yati dan sufini yeop mendoakan semoga kelahiran cahaya mata yang bakal menjadi warga hashimarbain tidak diracuni dengan budaya membenci keturunannya.

Biarlah bayi itu menjadi manusia yang tahu asal usul keturunannya kelak, supaya mereka menjadi insan yang insaf bahawa suatu hari nanti mereka juga akan dikembalikan ke dalam tanah. Apa pun yeop mendoakan agar cucu yang ke-39 & 40 itu masih sempat bermanja dengan opah dan atoknya, dan tidak pula dimasuki jarum untuk membenci keluarga sendiri.

Wallahu a'lam.


Yeop,
Kuching, Sarawak
20 Februari 2010.


KELUARGA HASHIM SEPINTAS LALU
(kIik 'play' untuk melihat video klip ini)





Tuesday, February 16, 2010

Selamat menyambut MAULIDURRASUL..
Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Renungan..
Allah berfirman bermaksud:
Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?



(Qur'aan 41:53).



TAHAP-TAHAP PENCIPTAAN MANUSIA…
Professor Moore
· Penulis buku "The Developing Human" ("Manusia Yang Berkembang").
· Profesor Emeritus bidang Kajian Tubuh dan Biologi Sel University of Toronto, Kanada.
· Dr. Moore pernah bertugas di University of Winnipeg, Kanada.



Beliau berkata:
Saya berbesar hati untuk membantu menerangkan kenyataan-kenyataan dari Al-Quran mengenai kejadian manusia. Jelas bagi saya bahawa kenyataan-kenyataan ini diberikan kepada Muhammad dari Allah , atau Tuhan, oleh kerana kesemua ilmu-ilmu ini tidak ditemui sehingga beberapa kurun selepas beliau. Ini membuktikan kepada saya Muhammad ialah seorang Rasul Allah .




Allah berfirman di dalam Al-Quran mengenai tahap-tahap penciptaan manusia:




Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; lalu Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah ('alaqah); lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging (mudghah); kemudian Lami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balutkan tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifatnya keadaannya. Mala nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (Qur'aan, Al-Mu'minun :12-14).

Jadi mengapa kita sendiri malas untuk mengkaji keajaiban AL-QURAN kita (kononnya) sendiri???

Related Posts with Thumbnails