PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)

PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)
Haji Hashim Kulup Ismail (Ayahanda) Hajah Arbaayah Yeop Majlis (Bonda). Anak-Anak: Abdul Rahman, Hashimah, Abdul Mutalib, Salim, Mastina, Hamdan, Syuaib, Sufini, Haryati, Suriyani, Ahmad Farid, Nurhanim, Ahmad Syukri & Mohd. Najib

Thursday, July 3, 2008

HashimArbain blog keluarga kita semua....


Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Silaturrahim,

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah seru sekelian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhamad SAW.

Marilah kita bersyukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurniaNya juga termuncullah blog maya 'HashimArbain.blogspot.com' yang mengabadikan sentuhan nama sejoli 'Hashim & Arbaayah' iaitu bapa dan ibu kepada 14 orang anakanda yang telah mereka zuriatkan sebagai permata hati di alam fana ini, bermula dengan ikatan kasih sayang yang terjalin indah pada tahun 1959, mereka berdua diijab kabulkan untuk pasrah dengan 'Qadha'- Qadar' Rabbul Jalil sehingga melahirkan permata zuriat sulungnya pada 22 Julai 1960 hinggalah melewati tanggal 30 April, 1987, di mana dalam usia Haji Hashim Bin Kulup Ismail, 50 tahun dan Hajah Arbaayah Binti Haji Yeop Majlis, 44 tahun pada ketika itu, mereka sudah pun dianugerahkan 14 orang cahaya mata.

Tahun ini - 2008, Haji Hashim Ismail yang dilahirkan pada 11 Oktober 1937 telah pun mencecah usia emas 71 tahun, manakala Hajah Arbaayah Haji Yeop Majlis yang dilahirkan pada 30 September, 1942 pula telah mencecah usia emas 66 tahun. Dalam tempoh usia yang berbaki ini, mereka telah melayari kehidupan dengan menempuh pelbagai ranjau, onak dan duri. Kehidupan seusia mereka berdua ini, sudah tentulah mereka telah menikmati pelbagai gaya dan perisa kehidupan yang cukup dengan asam garamnya.

Hari ini sahaja, hasil mahsul daripada pasangan hidup anak-anaknya yang sudah berumah tangga, mereka telah menzuriatkan pula 36 orang cucu dan kian bertambah untuk keluarga HashimArbain. Inilah anugerah dan rezki yang mengkayakan Hashim dan Arbaayah di dalam sebuah dinasti keluarga 'HashimArbain'. Alhamdulillah, Hashim dan Arbaayah telah ditakdirkan oleh Tuhan memiliki kekayaan 'modal insan' dengan 14 orang anak, 11 orang menantu dan 35 cucu. Salah seorang daripada cucunya pula 'Sarah Hanis Bt Abdul Rahman' telah pun berumah tangga, dan ini menjadikan pertambahan seorang lagi dalam 'isi keluarga' HashimArbain. Justru itu, kesemua isi keluarga 'HashimArbain' kini berjumlah 64 orang termasuk Haji Hashim dan Hajah Arbaayah sendiri (Perangkaan sehingga 3 Julai 2008).

Bergentayangannya blog maya 'HashimArbain' ini diharapkan dapat menjadi sumber rujukan seisi keluarga, seterusnya menjadi pengikat yang kukuh untuk mengeratkan lagi silaturrahim di dalam keluarga yang besar ini. Sudah tentu blog ini juga akan memaparkan serba serbi maklumat yang berkaitan dengan aktiviti kekeluargaan, yang diharapkan dapat ditambah nilai kualitinya bukan sahaja dari segi wajahnya, malah penambahbaikan kepada isi kandungannya. Komen yang membina juga sangat-sangat dihargai, kerana blog 'HashimArbain' ini adalah milik keluarga Hashim dan Arbaayah.

Marilah kita mendoakan kesejahteraan buat Haji Hashim Bin Kulup Ismail dan Hajah Arbaayah Binti Haji Yeop Majlis. Semoga Allah memberkati kehidupannya, mendapat nikmat kesihatan yang baik, dimurahkan rezki dan dirahmati Allah dunia dan akhirat. Amin!


Abdul Rahman Hashim
3 Julai 2008.


Titipan Khas Buat Opah dan Atok....Klik video untuk menonton









No comments:

Related Posts with Thumbnails