PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)

PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)
Haji Hashim Kulup Ismail (Ayahanda) Hajah Arbaayah Yeop Majlis (Bonda). Anak-Anak: Abdul Rahman, Hashimah, Abdul Mutalib, Salim, Mastina, Hamdan, Syuaib, Sufini, Haryati, Suriyani, Ahmad Farid, Nurhanim, Ahmad Syukri & Mohd. Najib

Friday, February 20, 2009

GAMBAR KENANGAN YEOP SEMASA BERUMUR 4 TAHUN


Gambar ini (1964) lokasinya di Muzium Negara. Kelihatan Yeop semasa berumur 4 tahun bersama-sama dengan Amir, Yong Yama, Pakcik Ya (kiri sekali), Allahyarham Ayahcor Zain (Di tengah) dan juga Tok Jeraih, ayahanda kepada Ayahcor Zain (Kanan sekali).

Monday, February 9, 2009

Selamat Hari Jadi Saiful Ammar Yang Ke-25 Tahun, 10 Februari 2009...

Ammar dengan tunangnya, Ita.

Esok, 10 Februari 2009, genap usia Saiful Ammar Bin Abdul Rahman (Anak Sulung Yeop) yang ke-25 tahun. Abah tak dapat meraikan hari jadi amar, sebab abah kini berada di Sarawak. Abah hanya iringi dengan doa semoga amar sihat walafiat, dimurahkan rezki dan dipercepatkan jodoh dengan tunanganmu, Ita.

Tuesday, February 3, 2009

ASSALAMUALAIKUM SEMUA....

Ina (Mastina) sebenarnyer nk promote skit ni... Buat pertama kalinya Ina telah pun membuka blog company Ina sendiri.. Hope ade lah yang sudi melawat blog company Ina.. Untuk pengetahuan semua yang masih belum mengetahui apakah perniagaan yang Ina jalankan. Ina telah membuka satu perniagaan bidang Pengangkutan iaitu perkhidmatan sewaan kenderaan serta membawa pelancong seluruh Malaysia. Alhamdulillah perniagaan yang Ina jalankan ini mampu juga bertahan selama 3 tahun dah....dan setanding dengan syarikat2 travel agensi yang lain.
Berkat dorongan dan doa suami, anak-anak serta keluarga yang begitu memahami kerjaya Ina, Ina ucapkan berbanyak2 terima kasih. Tanpa kalian tak mungkin Ina bertahan sehingga kini....Layari lah laman blog Ina yang tak seberapa ini.. (www.modalbaiduri.blogspot.com)

Monday, February 2, 2009

1 Februari 2009 - Ulangtahun ke-22 Perkahwinan Yeop & Yong Nora

Menjelang 1 Februari 2009, genap 22 tahun usia perkahwinan diantara Yeop dengan Yong Nora. Sememangnya setiap tahun yeop mengingati tarikh istimewa ini, cuma jarang kami selebritnya. Hari ini yeop&yong diraikan dengan sajian segera KFC + Kek Coklat. Rasanya majlis ulangtahun perkahwinan kali ini begitu menyentuh perasaan yeop&yong kerana pada mulanya kami sekadar mahu mengingatinya saja, bukanlah perlu sangat untuk diraikan.
Selepas menghadiri majlis perkahwinan di Setapak Jaya, yeop membawa yong dan anak-anak (Puteri, Aiman dan Ebby) bersiar-siar di Central Market Kuala Lumpur secara santai. Kami singgah di restoran Kopitiam White Coffee yang terdapat di dalam kompleks Pasar Seni itu dengan menikmati menu istimewanya, apa lagi...white coffee dengan roti kayanya laa..
Kami tak lama di sana, kira-kira jam 4.00 petang kami bergerak pula ke rumah Mak di Bangsar. Tidak seorang pun mengetahuinya bahawa hari ini merupakan Hari Ulangtahun Perkahwinan Ke-22 kami. Lagi pun Yeop&Yong tidak merancang untuk menyambutnya, maka sebab itu kami secara santai melabuhkan hari ulangtahun ini untuk bersama-sama dengan Mak, Apak dan juga sanak keluarga yang ada di rumah Mak.
Kebetulan semasa kami sampai, hanya Mak, Apak dan Hanim saja yang ada di rumah. Manakala Salim, Shimah, Nuar muncul kemudiannya. Itupun Yeop menelefon Shimah supaya datang ke rumah Mak untuk membincangkan hal ehwal adik beradik, lebih khusus kepada masalah Mastina yang menghadapi kemuramannya.
Yeop bercadang nak berjumpa Mastina/Haris, tapi keadaan tidak mengizinkan. Yeop&Yong menjadi surprise secara tiba-tiba.....apabila Putra datang ke rumah Mak dengan membawa barel Ayam KFC dan juga Kek, sekaligus ia dijadikan sebagai majlis keraian ulangtahun perkahwinan Yeop&Yong yang ke-22 tahun ini (Lihat foto).
Apalagi....dalam seusia 49 tahun yeop bersama dengan yong telah memotong kek yang dibeli oleh Putra. Nasib baik ianya menckupi. Jika ramai yang datang, tentu tidak mencukupi. Apa pun yang mengucapkan terima kasih kepada semua sanak keluarga yang ada di rumah Mak. Hanis dan Elias (Anak/Menantu yeop) juga macam tau-tau aje hari ini adalah hari ulangtahu perkahwinan kami.
Terima kasih kepada putra yang telah berbelanja membeli KFC dan juga kek. Bukan itu saja, malah Putra dan juga Ijat telah 'wish' kepada yeop&yong secara SMS. Sebagai bapa dan juga ibu, kami terharu sangat dengan ingatan anak-anak itu.
Kami berdoa semoga Allah memberkati kehidupan ini, dan memohon keampuan serta hidayah Allah Taala untuk kami sekeluarga. Amin!


Related Posts with Thumbnails