Haji Hashim Kulup Ismail (Ayahanda) Hajah Arbaayah Yeop Majlis (Bonda). Anak-Anak: Abdul Rahman, Hashimah, Abdul Mutalib, Salim, Mastina, Hamdan, Syuaib, Sufini, Haryati, Suriyani, Ahmad Farid, Nurhanim, Ahmad Syukri & Mohd. Najib
Saturday, February 27, 2010
KELUARGA YEOP MAJLISPANDAK MOHID
Haji Yeop Majlis Pandak Mohid(Arwah) Isteri Pertama: Che' Mi Bt Abdul Rahman (Arwah) Isteri Kedua: Shamsiah (Arwah) Isteri Ketiga: Hjh HabsahHj. Tain, 84 tahun
4. Mohd. Nasir Yeop Majlis (Arwah) 5. Mohd. Salji Yeop Majlis (Arwah)
6. Haji Yahya Yeop Majlis 74 tahun.
7. Sabariah Yeop Majlis (Arwah)
8. Dato' Hj. Ahamed Hambal Yeop Majlis (Arwah)
9. Hajah Arbaayah Yeop Majlis 66 tahun
10. Mohd. Ali Yeop Majlis 61 tahun
11. Osman Yeop Majlis (Arwah)
ANAK YEOP MAJLIS (ISTERI KEDUA)
1. Salleh@Daud Yeop Majlis (Arwah)
2. Hj. Abu Bakar Yeop Majlis (Arwah)
ANAK YEOP MAJLIS (ISTERI KETIGA)
1. Hajah Asma Yeop Majlis 57 tahun
2. Profesor Dr. Hj. Burhanuddin Yeop Majlis 55 tahun
3. Abdul Rahim Yeop Majlis 53 tahun
4. Salihun Yeop Majlis 51 tahun
5. Mohd. Jamil Yeop Majlis 49 tahun
6. Jamaluddin Yeop Majlis 48 tahun
7. Jalaluddin Yeop Majlis 44 tahun
8. Abdul Jalil Yeop Majlis 42 tahun
9. Khalili Yeop Majlis 41 tahun
NOTA: Terdapat 7 orang lagi anak-anak Yeop Majlis yang tidak sempat diberi nama, kerana telah meninggal dunia semasa kelahiran.
Saturday, February 20, 2010
SENTUHAN BUAT YANG TERSENTUH...
Yeop kini telah mencecah usia ke setengah abad. Usia 50 tahun ini tentunya tidak boleh lagi dianggap muda. Tentunya yeop bersyukur kerana seusia begini kesihatan walaupun tidak sehebat dahulu, tetapi Tuhan masih memberikan kekuatan akal fikiran dan masih mampu mencari rezeki untuk menyara kehidupan sekeluarga. Walaupun tidak dilimpahi kekayaan, namun naluri kesyukuran tetap terpahat di hati. Susah, senang, pahit dan getir menempuhi jalur kehidupan selama ini semuanya bermula dengan tangisan setelah kita dilahirkan dari kandungan perut ibu yang bertarung nyawa untuk mencelikkan mata anaknya supaya dapat melihat bulan dan matahari.
Oh..Alangkah malangnya seorang ibu yang terpaksa mengenang deritanya akibat perbuatan durjana anaknya sendiri yang dilihat semakin angkuh dan lupa daratan bagaikan kacang melupakan kulit. Lebih menyedihkan lagi jika seorang anak terlupa bahawa dirinya membesar setelah bersendawa dengan air susu yang telah menjadi darah dan dagingnya hari ini.
Bukanlah ibu mengharapkan sangat wang ringgit dari anaknya semata-mata untuk menyambung nyawanya yang masih berbaki itu...dia tidak perlukan tengkolok 'kepala agung' itu untuk dijadikan balasan setelah dia berjaya menjadikan anaknya seorang manusia yang bukan berhati binatang.
Mak dengan Besannya
Apak dengan Besannya
Janganlah seorang anak begitu berbangga sehingga berlagak sombong dengan harta benda yang sedang dimiliki sehingga menjadi kabur tentang asal usulnya sendiri. Kenapa kita mesti mencari banyak alasan untuk berbaik sangka terhadap ibu bapa yang menjadikan diri kita seorang manusia? Bukan sekadar itu sahaja, janganlah terlampau banyak sangat jalur kesombongan yang dipalitkan kepada orang lain, sedangkan diri sendiri juga diselaputi dengan banyak prasangka buruk sehingga tidak menyedari bahawa 'hati yang busuk' itu ada pada diri sendiri.
Ingatlah harta yang dimiliki tidak kekal sampai ke mati. Tidak ada gunanya kita bermegah dengan sedikit kekayaan yang dimiliki jika kita miskin dan bankrap dengan 'akal budi'. Allah pada bila-bila masa sahaja boleh mencabut balik kesenangan itu jika kita masih riak dan takbur dengan pendirian (ego) yang salah ini.
Agak sukar orang yang sombong dan takbur untuk menerima hakikat ini, kerana dirinya telah terhijab untuk mendengar rintihan dan pandangan orang lain. Sesungguhnya jurang pemisah telah menjadi perangkap terhadap dirinya sendiri sehingga sukar lagi untuk dirinya menginsafi kesalahan yang telah dilakukan. Orang lain semuanya tidak betul belaka, tetapi terlalu sukar pula untuk menyatakan diri sendiri juga tidak betul.
Sepatutnya kita mesti melakukan muhasabah diri dan tawadhuk dengan cabaran yang dihadapi. Mungkin juga nikmat kesenangan ini adalah ujian yang diturunkan oleh Allah untuk melihat tahap ketulusan hati ketika menghadapinya. Mungkin juga kesenangan yang dikecapi ini hanya sementara waktu untuk menghadapi musibah yang tidak terduga oleh kita akan berlaku.
Kadang-kadang kita perlu juga menginsafi betapa daulatnya aura MAK & APAK. Jangan biarkan diri mereka rasa terhina dek perbuatan kita. Begitu juga jangan sekali-kali kita bermegah dengan umpanan wang ringgit terhadap mereka, seolah-olah kita merasakan hanya diri kita sahaja yang berkeupayaan untuk memberikan kesenangan kepada kedua-dua mereka; manakala yang lain-lain kononnya tidak setanding dengan dirinya. Sebenarnya, siapa yang bersikap sedemikian, memanglah dianya seorang yang sombong dan angkuh. Orang yang sombong dan angkuh terlalu sukar untuk mengakui dirinya sedemikian rupa.
Apakah menjadi satu kesalahan bagi seorang anak untuk mencurahkan 'bakti budi' kepada ibu dan bapanya sendiri? Begitu juga yeop nak bertanya, adakah terlalu hina jika MAK&APAK sekadar bertanyakan sedikit wang ringgit dari anak-anaknya, sehingga tergamak kita melontarkan berbagai alasan dan hujah yang boleh menyinggung hati kecilnya? Kenapa kita mesti meletakkan banyak syarat yang tidak munasabah untuk dijadikan hujah kesombongan seolah-olah tanpa diri kita orang tua kita akan hidup melarat?
Siapa kata orang tua kita akan melarat tanpa mendapat ehsan dari anaknya yang sombong itu? Pada diri yeop...anak yang sedemikianlah yang perlu insaf, kerana tanpa adanya kedua orang tua itu, kamu tidak akan kesampaian untuk terus hidup hingga ke hari ini.
Suami kamu hanya muncul terkemudian dalam hidup kamu...sebelum kamu didakap suami, ibulah yang bersengkang mata, menidurkan kamu, menumpahkan susu di mulut kamu, mendakap kamu, mengusap kamu, melampin dan membasuh najis kamu, membasuh pakaian kamu, mengajar alif ba ta seterusnya memberikan pelajaran kepada kamu sehingga mak & apak pernah bergadai bergolok untuk membiayai kehidupan anak-anaknya? Kamu tahukah itu semua???
Kita bukannya berasal dari keluarga yang senang..apalah salahnya jika kita mengenang sejenak asal usul bagaimana diri kita boleh terjadi? Yeop rasa senang hati bila mendengar pengakuan kamu untuk mentaati suami yang pernah kamu cerca suatu ketika dahulu, tetapi hari ini kamu telah diberikan ujian getir untuk membuat pilihan yang memeritkan diri kamu....diantara suami atau ibubapa?
Kenapakah sang suami kamu tergamak menyiksa diri kamu seolah-olah dia seorang sahajalah yang patut ada mak dan bapa? Adakah dia memperisterikan kamu tanpa dilahirkan oleh seorang ibu, juga tanpa berbapa? Anak kuching pun tahu mencari ibunya, inikan pula manusia. Kenapa harus ada sekatan untuk menidakkan hak anak terhadap ibunya? Persoalan ini memerlukan jawapan yang tulus dari sang suami itu. Kepada sang suami itu, eloklah yeop berpesan juga.....tinggalkanlah lagak, buangkanlah jauh-jauh pangkat yang pernah digalas semasa jadi 'mat terap' dulu. Di dalam keluarga tak boleh bawa budaya 'command' kerana ia tak relevan selagi maut dan ajal di tangan Allah yang Maha Kuasa.
Tolong ajar tentang kebaikan kepada isteri kamu itu, bukannya mengajar isteri supaya hilang respect kepada keluarganya semata-mata untuk membalas dendam yang tidak berfaedah itu. Jika kita menjadikan alasan kononnya ada ipar duai yang bertindak celupar terhadapnya, namun ia bukanlah hujah yang paling tepat untuk menghalalkan tindakan sehingga memutuskan silaturrahim. Sebenarnya, tidak ada faedah langsung jika kita meneruskan perbalahan 'ala doraemon' ini (kartun), sedangkan hakikat sebenarnya kita bukan berada di alam fantasi kartun itu.
Sebenarnya, kita juga terlupa bahawa hubungan aur dengan tebing dan mencincang air takkan putus telah terpesong jauh dalam benak ingatan kita. Kenapa kita harus meneruskan sengketa keluarga ini bagaikan tidak terjumpa noktahnya? Apakah di antara kita sudah ada 'border' yang menjadi jurang pemisah sehingga masing-masing terlupa...rupa-rupanya kita sedarah sedaging?
Jikalau kita berkeinginan untuk mencari noktahnya, buangkanlah prasangka buruk sehingga tertanam perasaan benci untuk mencari kebaikan. Kenapa kita mesti tidak berganjak dengan sikap buruk ini...apakah yang kita mahukan terhadap salasilah keluarga ini? Jika masih ada yang mempertahankan ego masing-masing eloklah dia memohon kepada Tuhannya supaya dia tidak lagi menjadi manusia, sebaliknya jadikanlah diri masing-masing itu sebagai anjing.
Hanya imiginasi itu sajalah yang layak diberikan kepada mereka yang tidak mahu lagi menjadi keluarga manusia.
Akhirul kalam, saranan yang baik itu jadikanlah pedoman, manakala yang tidak mendatangkan keinsafan lagi, yeop doakan eloklah segera berubat supaya cepat sembuh. Kepada yati dan sufini yeop mendoakan semoga kelahiran cahaya mata yang bakal menjadi warga hashimarbain tidak diracuni dengan budaya membenci keturunannya.
Biarlah bayi itu menjadi manusia yang tahu asal usul keturunannya kelak, supaya mereka menjadi insan yang insaf bahawa suatu hari nanti mereka juga akan dikembalikan ke dalam tanah. Apa pun yeop mendoakan agar cucu yang ke-39 & 40 itu masih sempat bermanja dengan opah dan atoknya, dan tidak pula dimasuki jarum untuk membenci keluarga sendiri.
Wallahu a'lam.
Yeop, Kuching, Sarawak 20 Februari 2010.
KELUARGA HASHIM SEPINTAS LALU (kIik 'play' untuk melihat video klip ini)
Tuesday, February 16, 2010
Selamat menyambut MAULIDURRASUL.. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..
Renungan.. Allah berfirman bermaksud: Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?
(Qur'aan 41:53).
TAHAP-TAHAP PENCIPTAAN MANUSIA… Professor Moore
· Penulis buku "The Developing Human" ("Manusia Yang Berkembang").
· Profesor Emeritus bidang Kajian Tubuh dan Biologi Sel University of Toronto, Kanada.
· Dr. Moore pernah bertugas di University of Winnipeg, Kanada.
Beliau berkata:
Saya berbesar hati untuk membantu menerangkan kenyataan-kenyataan dari Al-Quran mengenai kejadian manusia. Jelas bagi saya bahawa kenyataan-kenyataan ini diberikan kepada Muhammad dari Allah , atau Tuhan, oleh kerana kesemua ilmu-ilmu ini tidak ditemui sehingga beberapa kurun selepas beliau. Ini membuktikan kepada saya Muhammad ialah seorang Rasul Allah .
Allah berfirman di dalam Al-Quran mengenai tahap-tahap penciptaan manusia:
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; lalu Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah ('alaqah); lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging (mudghah); kemudian Lami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balutkan tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifatnya keadaannya. Mala nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.(Qur'aan, Al-Mu'minun :12-14).
Jadi mengapa kita sendiri malas untuk mengkaji keajaiban AL-QURAN kita (kononnya) sendiri???
Gambar tahun 1958 selepas melangsungkan perkahwinan mereka.
AYAHANDA KAMI
Hashim Kulup Ismail, 1961
IBU SANJUNGAN KAMI
Bonda Arbaayah Yeop Majlis, 1961
MAK & APAK
Ketika mak sedang mengandungkan Yeop.
MAK
Mak mengandungkan anak pertama, yeop.
Gambar terbaru EMAK KITA. 2009
HAJI YEOP MAJLIS PANDAK MOHID
GAMBAR 14 BERADIK
14 beradik bersama-sama dengan emak/apak.
Anak-anak Hashim/Arbaayah. Bergambar semasa Hari Raya 2009. Talib tidak bergambar.
WAKTU DIGITAL
PENGIKUT
HASHIMARBAIN SEPINTAS LALU
hashimarbain.blogspot.com merupakan blog maya milik keluarga Haji Hashim Bin Kulop Ismail dan Hajah Arbaayah Binti Haji Yeop Majlis. Haji Hashim Kulop Ismail dilahirkan pada 11 Oktober 1937, manakala Hajah Arbaayah Haji Yeop Majlis dilahirkan pada 30 September 1942. Pasangan ini dilahirkan di dalam Mukim Lambor Kanan, Parit, Perak. Kini mereka dikurniakan 14 oang anak, 11 orang menantu dan 37 cucunda. Kedua-dua mereka kini tinggal di Apartment Abdullah Hukum, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur, setelah 44 tahun menjadi penghuni setinggan di Kg. Padang dan kemudiannya Kg. Padang bercantum menjadi Kg. Haji Abdullah Hukum.
HASHIM KULUP ISMAIL & ARBAAYAH YEOP MAJLIS
Gambar Tahun 1961
RUMAH KELAHIRAN EMAK
Kampung Teluk Pedayung, Lambor Kanan, Parit, Perak.
Mak layan memori di tempat kelahirannya.
KAMPUNG HALAMAN APAK
Apak dibesarkan di rumah ini, di Teluk Bakong, Parit, Perak.
APARTMENT ABDULLAH HUKUM
Kediaman Haji Hashim & Hjh Arbaayah Yeop Majlis (No. 88-03-30)
POTRET HJ ABDULLAH HUKUM
Haji Abdullah Hukum Bin Abd. Rahim (1835 - 1943). Namanya kini diabadikan di sebuah Apartment Abdullah Hukum di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.
WARKAH BONDA YANG DINANTIKAN PELEPAS RINDU
-
Oleh: Yeop Abdul Rahman Hashim
Saya titipkan nukilan hati oleh Naharuddin Rashid, cucu Yeop Majlis yang
begitu menyentuh perasaan.
Bonda Zainon Yeop Majli...
Masuk Parit sampai berLumut
-
Sudah menjadi kelaziman saya apabila cuti balik kampung ke Parit saya
mesti berjalan-jalan ke Lumut yang jaraknya lebih kurang 37km dari Parit.
Parit m...
HIJRAH
-
Penyanyi : UNIC
Sering daku terkenang
Hijrah gemilang
Berubah dunia
Gelap menjadi terang
Berguguran air mata
Tidak kurasa
Meski bibir tanpa suar...
RADIX GOAT - SUSU KAMBING PRACAMPURAN HERBA RADIX
-
RADIX GOAT
Susu kambing adalah minuman yang lebih baik khasiatnya dibandingkan dengan
susu lembu.Susu kambing dapat menjadi alternatif bagi pengguna yang ...
Main Bunga Api
-
*Adam main bunga api ngn Ayh Cik n sepupu sepapat, Abg Imi, n si kembar
Along n Angah...*
*Mula2 Adam main dgn gembiranya......*
*Skali terkena tangan te...
-
MERAIKAN PASANGAN PENGANTIN ADLI & BIBAH
27 Disember - Saiful Adli dan Habibah yang baru saja melangsungkan
perkahwinan mereka pada 26 Disember lalu telah...
PROJEK BERSAMA MAYFLOWER
-
Pada *22/4/2009* ini, kami *MODAL BAIDURI* menjalankan satu trip syarikat *MAYFLOWER
*iaitu dari Kuala Lumpur ke Janda Baik, Pahang dengan menggunakan...
Gambar Tahun 1958, diambil selepas mereka berkahwin pada tahun berkenaan.
GAMBAR EMAK/APAK & YEOP
Bergambar di Pekan Parit pada tahun 1961.
HASHIM SEMASA REMAJA
Gambar Tahun 1956, semasa menjalani latihan SC di Tg. Kerling, Melaka.
HASHIM USIA MUDA
Foto inilah yang memikat hati Arbaayah
SC HASHIM ISMAIL
Gambar Tahun 1957, di Balai Polis Tg. Rambutan.
HASHIM DI TG RAMBUTAN
Tahun 1957, di perkarangan Hospital Tg. Rambutan.
HASHIM ISMAIL - SECURICOR
Gambar Apak ketika bertugas dengan Securicor di Jalan Tandok, Bangsar, Kuala Lumpur.
ARBAAYAH YEOP MAJLIS
Bergambar tahun 1976
ARBAAYAH IBU MITHALI
Mak menerima Sijil Anugerah Ibu Mithali daripada Rukun Tetangga Kg. Hj. Abdullah Hukum.
SIJIL IBU MITHALI
Arbaayah Yeop Majlis telah mendapat pengiktirafan 'Ibu Mithali' oleh Rukun Tetangga Kg. Hj Abdullah Hukum.
ARBAAYAH - TUPPERWARE
Tahun 1976, Jualan Langsung Tupperware
ANAK NO. 1 - YEOP ABDUL RAHMAN
Tarikh Lahir - 22 Julai 1960. Seorang pemimpin politik di Setiawangsa,, juga seorang Pakar Pegurusan Acara dan Perhubungan Awam di dalam Syarikat Skuad 69 Management Sdn Bhd. No. Tel: 012-8844169, 017-8091469
ABDUL RAHMAN & NORA
Pasangan suami isteri, Yeop & Yong Nora.
YEOP SEKELUARGA
8 orang anak
GAMBAR YEOP, 2 TAHUN
Keratan gambar ini diambil bersama-sama dengan Emak/Apak pada tahun 1962, di Parit, Perak.
GAMBAR YEOP, 4 TAHUN
Tahun 1964.
ANAK KE-2 HASHIMAH
Tarikh Lahir - 7 Mac 1963. Suri rumah dan aktif berniaga sampingan. Tel No. 019-2298830, 03--22827786 (R).
SHIMAH & NUAR
Suami isteri.
SHIMAH & ANUAR
Pasangan suami isteri, Shimah & Nuar.
SHIMAH SEKELUARGA
Shimah sekeluarga
SHIMAH
Shimah semasa remajanya.
ANAK-ANAK SHIMAH
Mira, Amzi, Yasmin dan Yeya
ANAK KE-3 ABDUL MUTALIB
Tarikh Lahir - 5 Januari 1966. Menjalankan perniagaan sendiri. No. Tel: 017-3489243, 016-6119841
ABDUL MUTALIB & SARIMAH
Pasangan suami isteri, Talib & Ema
ANAK KE-4 SALIM
Tarikh Lahir - 20 Mei 1969. Bertugas dengan Tenaga Nasional Berhad (Ibu Pejabat). No. Tel: 013-2464988.
SALIM DAN KUNTOM MELATI
Salim bersama isterinya, Kuntom Melati.
ANAK KE-5 MASTINA
Tarikh Lahir - 19 Oktober 1972. Pengarah Urusan Syarikat Modal Baiduri Sdn Bhd; dalam bidang pengangkutan, sajian makanan. No. Tel: 012-9046746.
MASTINA & SUAMI
Menemani suaminya Haris semasa menerima anugerah pingat PJK dari Sultan Pahang.
MASTINA & YAHYA HARIS
Pasangan suami isteri, Mastina & Haris.
ANAK KE-6 HAMDAN
Tarikh Lahir - 14 Oktober 1973. Bertugas dengan salah sebuah Institusi Kewangan di Jalan Ampang. No. Tel: 013-3271060.
KELUARGA HAMDAN
Hamdan, Zalifah, Fahim, Hamidullah & Ahmad Arif.
ANAK KE-7 SYUAIB
Tarikh Lahir - 20 April 1975. Pegawai Pusat Zakat Selangor. No. Tel: 019-2844386
SYUAIB & ZAMZILA
Syuaib bersama isterinya, Ila.
SYUAIB DAN ISTERI
ANAK KE-8 SUFINI
Tarikh Lahir - 10 Jun 1976. Bertugas di sebuah syarikat swasta. No. Tel. 013-3662214
SUFINI & ABDULLAH JIHAD
Mini bersama suaminya, Jihad.
ANAK KE-9 AHMAD FARID
Tarikh Lahir - 25 April 1978. Guru Agama/Imam di Masjid Seksyen 14 Petaling Jaya. No. Tel: 019-3327895.
FARID DAN HAIZA
Farid dan isterinya, Haiza
Farid bersama isteri dan anaknya.
ANAK KE-10 HARYATI
Tarikh Lahir - 20 Julai 1979. Crown Diamond Manager, Hai-O Marketing Sdn Bhd. No. Tel: 013-3070109
HARYATI & KAPTEN HASRIZAL
Pasangan suami isteri, Yati & Jai
YATI & JAI
Ketika mereka mengerjakan umrah, 2009.
ANAK KE-11 SURIYANI
Tarikh Lahir - 30 Januari 1981. Freelance Makeup Artist dari Derina Artistic Team. No. Tel: 012-3494957
SURIYANI & MUS
Suriyani bersama suaminya, Mus.
SURIYANI DAN KELUARGA
ANAK KE-12 HANIM
Tarikh Lahir - 16 Julai 1982. Kerani di sebuah syarikat swasta. No. Tel: 017-2843471
ANAK KE-13 AHMAD SYUKRI.
Tarikh Lahir - 7 April 1986. Juruteknik. No. Tel: 014-6022463.
ANAK KE-14 MOHD. NAJIB
Tarikh Lahir - 30 April 1987. Seorang Pelajar IPT di Universiti Industri Selangor (UNISEL). No. Tel: 013-6287920.
HJ HASHIM & HJH ARBAAYAH
Berhari raya di rumah Ab. Rahman, 4 Oktober 2008
HAJI YEOP MAJLIS (TOK KITA)
Gambar tahun 1957. Salasilah: Yeop Majlis bin Pandak Mohid bin Kulup Lokeh bin Kulup Karim bin Imam Anjang.
HJ YEOP MAJLIS PANDAK MOHID
Gambar Tok kita, 1979 di rumah Yong Ma, di Kg Datuk Keramat.
HAJI YEOP MAJLIS & ISTERI
Bersama dengan dua isterinya, Shamsiah (Kiri) dan Habsah (Kanan). Haji Yeop Majlis mempunyai 29 anak daripada tiga orang isterinya. Isteri Pertama Che' Mi @ 13 anak, Isteri kedua @ 7 anak dan Isteri Ketiga @ 9 anak. Allahyarham Haji Yeop Majlis meninggal dunia pada tahun 1979 ketika berusia 79 tahun. Gambar di atas diambil sekembalinya daripada tanah suci menunaikan haji pada tahun 1957. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan sentiasa mendapat keampunan Allah SWT. Amin!
Mak (duduk di kiri), apak (di belakang mak).
HJ YEOP MAJLIS, 1961
Yeop Majlis di kiri sekali (bertanda pangkah).
ADIK BERADIK YEOP MAJLIS
1. Long Kamariah bt Pandak Mohid (Raub Pahang) 2. Ngah Mat Taib bin Pandak Mohid (Raub Pahang) 3. Hj. Yeop Majlis bin Pandak Mohid (Lambor Kanan, Parit, Perak) 4. Khadijah bt Pandak Mohid (Tapah Perak) 5. Ahmad Jerais bin Pandak Mohid (Kg. Sedingka Bota Perak) 6. Mohd Salleh bin Pandak Mohid (Kg. Bukit Chupak Parit) 7. Abdul Halim bin Pandak Mohid (Tapah Perak)
Nota: Anak pertama dan kedua lahir di Raub Pahang adalah dari isteri pertama. Anak ketiga hingga ke tujuh dari isteri kedua di Kg Talang Lambor Kanan Parit Perak.
Isteri kedua Pandak Mohid bernama Teh Tiah iaitu ibu kepada Hj Yeop Majlis bin Pandak Mohid.
ADIK BERADIK EMAK KITA
1.Kalsom bt Hj Yeop Majlis (arwah) 2. Che Zan bt Hj Yeop Majlis (arwah) 3. Zainun bt Hj Yeop Majlis (arwah) 4. Mohd Nasir @ Ri bin Hj Yeop Majlis (arwah) 5. Mohd Salji bin Hj Yeop Majlis (arwah) 6. Hj. Yahya bin Hj Yeop Majlis (73 tahun) 7. Sabariah bt Hj Yeop Majlis (arwah) 8. Dato Hj Ahamed Hambal Hj Yeop Majlis (arwah) 9. Mohd Salleh @ Daud bin Hj Yeop Majlis (arwah) 10. Abu Bakar bin Hj Yeop Majlis (arwah) 11. Hajah Arbaiyah bt Hj Yeop Majlis (65 tahun) 12. Mohamad Ali bin Hj Yeop Majlis (60 tahun) 13. Osman bin Hj Yeop Majlis (arwah) 14. Hajah Asmah bt Hj Yeop Majlis (56 tahun) 15. Prof Dr Burhanuddin Hj Yeop Majlis (54 tahun) 16. Abdul Rahim Hj Yeop Majlis (52 tahun) 17. Salehun bin Hj Yeop Majlis (50 tahun) 18. Mohd Jamil bin Hj Yeop Majlis (48 tahun) 19. Jamaluddin bin Hj Yeop Majlis (47 tahun) 20. Jalaluddin bin Hj Yeop Majlis (43 tahun ) 21. Abdul Jalil bin Hj Yeop Majlis (41 tahun) 22. Khalili bin Hj Yeop Majlis (40 tahun)
Nota: Ada 7 orang lagi yang tak sempat diberi nama telah kembali kerahmatullah. Meninggal sebaik sahaja dilahirkan.
CHE' MI BT. ABDUL RAHMAN
Inilah dia wajah 'bonda' kpd Mak kita, isteri pertama Haji Yeop Majlis yang meninggal dunia pada tahun tahun 1951semasa melahirkan anaknya yang ke-13 (Othman Yeop Majlis) juga telah meninggal dunia kemudiannya dalam usia 3 bulan. Ayahcu Mohd. Ali Yeop Majlis pula adalah anak yang ke-12 Haji Yeop Majlis bersama Che' Mi Abdul Rahman.
KULOP ISMAIL BIN ALANG MAT YEN
Inilah dia 'Ayahanda' kepada Apak kita, yang telah meninggal dunia pada hari Rabu, 18 Julai, 1973, pada pkul 7.00 malam, di rumahnya di Telok Bakong, Parit, Perak.
MAK & APAK BERSAMA OPAH
Opah kampung, Jabiah Bt Khatib Abdullah (Allahyarhamah).
HASHIM/ARBAAYAH - KE TANAH SUCI
Gambar tahun 1994 ini diambil waktu suboh sebelum mereka ke Kelana Jaya untuk berangkat ke Tanah Suci.
DI JABAL RAHMAH
Apak ketika di tanah suci
GAMBAR YEOP MASA KECIL
Gambar tahun 1964. Lokasi, di Muzium Negara. Kelihatan di gambar yeop bersama-sama dengan Amir, Yong Yama, Pakcik Ya, Arwah Ayahcor Zain (di tengah) dan Tok Jeraih, iaitu adik Tok Yeop Majlis (Kanan sekali).
ANAK-ANAK PEREMPUAN
Dari kiri - Shimah, Hanim, Sufini, Mak, Yati, Suria. Tidak bergambar: Mastina.
6 BERADIK PEREMPUAN
Dari kiri - Yati, Mastina, Suria, Shimah, Sufini dan Hanim.
ANAK-ANAK LELAKI
Dari kiri - Syukri, Yeop, Hamdan, Apak Ajib, Farid dan Salim. Tidak bergambar: Syuaib dan Talib.