PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)

PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)
Haji Hashim Kulup Ismail (Ayahanda) Hajah Arbaayah Yeop Majlis (Bonda). Anak-Anak: Abdul Rahman, Hashimah, Abdul Mutalib, Salim, Mastina, Hamdan, Syuaib, Sufini, Haryati, Suriyani, Ahmad Farid, Nurhanim, Ahmad Syukri & Mohd. Najib

Thursday, January 24, 2013

USTADZ FARID CERAMAH MAULIDUR RASUL ATAS CRUISE PUTRAJAYA

Oleh Abdul Rahman Hashim

Ustadz Ahmad Farid Hj Hashim
Ustadz Ahmad Farid Hashim, diundang untuk menyampaikan ceramah Maulidur Rasul pada hari Khamis, 24 Januari 2013, bersamaan 12 Rabiul Awal 1434 (H), di Cruise Tasik Putrajaya Presint 1, Putrajaya. Majlis sambutan Maulidur Rasul ini dianjurkan oleh Pengurusan Cruise Tasik Putrajaya (CTP); dan majlis ceramah ini akan bermula selepas solat fardhu maghrib; diadakan di dalam Bot Kelah yang boleh memuatkan seramai 120 orang.
Panorama Tasik Putrajaya
Bot ini akan belayar bermula pukul 7:00 malam dan ia akan dihentikan di tengah-tengah tasik untuk solat berjemaah fardhu maghrib. Selepas selesai solat Bot Kelah akan meneruskan pelayaran mengelilingi Tasik Putrajaya selama 2 jam, sambil itu para jemaah yang berada di dalam bot ini akan dihidangkan dengan slot ceramah sehingga bot berlabuh di Jeti Putra Presint 1. Para jemaah akan disajikan dengan jamuan makan malam di Lakeside di Jeti Putra sebaik saja selesai solat berjemaah fardhu Isyak. 


Turut berada di dalam majlis sambutan Maulidur Rasul ini ialah kedua-dua ayahbonda Haji Hashim dan Hajah Arbaayah Yeop Majlis. Di antara adik beradik lain yang hadir ialah Abdul Rahman Hashim yang bertindak sebagai Pengarah Perhubungan Awam, Cruise Tasik Putrajaya. Turut hadir ialah Hamdan Hashim serta ahli keluarga yang lainnya.

1 comment:

dalainjacquis said...

Borgata Hotel Casino & Spa: 2022 Room Prices, Deals & Reviews
Borgata Hotel Casino & Spa is located 충청북도 출장마사지 in Atlantic City, New Jersey. It is the 군포 출장안마 second 밀양 출장샵 largest hotel in the 대전광역 출장마사지 world with 충주 출장샵 5,748 rooms, making it the fourth-largest

Related Posts with Thumbnails