Haji Hashim dan Hajah Arbaayah
Suasana hari raya ke-4 (4 Oktober) semakin meriah dengan siri kunjungan ke rumah keluarga terdekat. Keluarga HashimArbain hari ini memulakan kunjungan ke rumah Talib di Desa Pandan bermula jam 1.00 tengahari, dan kemudiannya di sebelah petang rombongan keluarga besar ini telah berkunjung pula ke rumah Yeop di Wangsa Maju Seksyen 10.
Haji Hashim dan Hajah Arbaayah turut serta dalam siri kunjungan hari raya di rumah Yeop, dimana sebelumnya mereka berdua dengan ditemani oleh Farid/Haiza dan Syukri telah sempat berkunjung ke rumah Yahya Yeop Majlis di Selayang Utama.
Seperti biasa, Yeop dan Yong amat terharu sekali dengan kunjungan keluarga ini, ditambah pula dengan kehadiran Emak dan Apak yang setiap tahun tidak pernah 'mis' untuk meraikan hari raya di rumah anak-anaknya.Kunjungan rumah terbuka hari raya kali ini juga telah diserikan lagi dengan kehadiran tunangan Adli (Bibah) yang datang dari Ipoh untuk berhari raya dengan keluarga di Kuala Lumpur. Tentunya pasangan Adli/Bibah ini berasa gembira kerana dapat bersua muka setelah hampir dua tahun tidak berjumpa setelah kedua-duanya bertunang tahun lalu.
Begitu juga dengan Amar yang telah datang berhari raya di rumah bapanya di Wangsa Maju Seksyen 10 bersama-sama dengan bakal tunangnya, Ita. Manakala Hanis pula tahun ini buat pertama kalinya telah menyambut hari raya bersama-sama dengan suaminya, Ilyas turut berada di rumah bapanya (Yeop) dengan disertai oleh ahli-ahli keluarga yang lainnya.
Diantara anggota keluarga yang turut menyertai kunjungan hari raya yang ke-4 ini ialah keluarga Shimah/Anuar, Talib/Ema, Salim/Melati, Hamdan/Zalifah, Syuaib/Ila, Sufini/Jihad, Farid/Haiza, Yati/Jai, Suria/Mus, Hanim dan Syukri. Tidak kelihatan dalam rombongan ini ialah keluarga Mastina/Haris yang masih berhari raya di Kelantan dan juga Najib.
Gambar Semasa Berhari Raya Di Rumah Yeop........
------------------------------------------------------------------
Berhari Raya Di Taman Dato' Harun
Di sebelah malamnya pula, rombongan keluarga HashimArbain ini juga telah menyerbu ke rumah bapa mertua Hamdan di Taman Dato' Harun, Petaling Jaya. Setinggi ucapan terima kasih kepada keluarga bapa mertua Hamdan, di atas layanan dan sajian makanan yang enak pada malam itu.
1 comment:
Buenas noches Halkida de Grecia
Post a Comment