PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)

PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)
Haji Hashim Kulup Ismail (Ayahanda) Hajah Arbaayah Yeop Majlis (Bonda). Anak-Anak: Abdul Rahman, Hashimah, Abdul Mutalib, Salim, Mastina, Hamdan, Syuaib, Sufini, Haryati, Suriyani, Ahmad Farid, Nurhanim, Ahmad Syukri & Mohd. Najib

Tuesday, December 1, 2009

'HASHIMARBAIN' AKAN TUBUH PERSATUAN

Demi untuk menjaga kebajikan dan kemaslahatan seisi keluarga, Hashimarbain akan dijadikan sebuah persatuan yang bakal didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Untuk tujuan itu, keluarga hashimarbain akan berkumpul pada malam ini (30 November) di kediaman mastina di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras bagi merealisasikan penubuhan sebuah persatuan yang akan dianggotai oleh semua anggota keluarga 'hashimarbain' bermula dengan anak-anak Haji Hashim dan Hajah Arbaayah hingga ke peringkat cucunya.

Justeru, semua anggota keluarga yang terbabit diharap dapat memberikan sokongan dengan menghadiri mesyuarat penubuhannya malam ini. Semoga dengan tertubuhnya persatuan keluarga ini, dapatlah kita merancang program-program yang berteraskan aspek kebajikan juga meliputi dalam bidang perekonomian, pendidikan dan kesejahteraan keluarga.

Tentunya kita mengharapkan doa restu daripada ayah bonda yang disayangi supaya perjalanan persatuan ini dapat mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan yang juga menjadi nadi kepada kesejahteraan dan keharmonian seisi keluarga hashimarbain.

No comments:

Related Posts with Thumbnails