PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)

PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)
Haji Hashim Kulup Ismail (Ayahanda) Hajah Arbaayah Yeop Majlis (Bonda). Anak-Anak: Abdul Rahman, Hashimah, Abdul Mutalib, Salim, Mastina, Hamdan, Syuaib, Sufini, Haryati, Suriyani, Ahmad Farid, Nurhanim, Ahmad Syukri & Mohd. Najib

Friday, December 25, 2009

SELAMAT BERTUNANG KEPADA
AIDA GADIS MELAYU & SAIFUL NIZAM


Foto-foto pertunangan Aida & Saiful

Keluarga HashimArbain mengucapkan selamat bertunang kepada Gadis Melayu Aida & Saiful Nizam yang telah mengikat tali pertunangan mereka pada 19 Disember lalu di kediaman keluarganya di Bandar Country Homes, Rawang, Selangor.

Aida atau nama sebenarnya Khairul Normaidah Zali merupakan anak kepada Puan Yamani Binti Yahya Bin Hj Yeop Majlis iaitu cicit kepada Yeop Majlis. Manakala tunangannya Saiful Nizam Ismail pula merupakan Penyampai Berita TV3.

Keluarga HashimArbain tidak dapat turut serta meraikan majlis pertunangan mereka kerana secara kebetulan ianya berlangsung bersamaan dengan tarikh perkahwinan Saiful Adli Abdul Rahman yang diadakan di Ipoh.

Kepada Yong Yama dan Abang Zali kami memohon kemaafan, namun begitu kami seisi keluarga tetap mendoakan agar pertunangan Aida & Saiful akan dirahmati dalam meniti ke jinjang pelamin yang dijadualkan berlangsung sebelum ramadan yang akan datang. Amin...!


No comments:

Related Posts with Thumbnails