PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)

PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)
Haji Hashim Kulup Ismail (Ayahanda) Hajah Arbaayah Yeop Majlis (Bonda). Anak-Anak: Abdul Rahman, Hashimah, Abdul Mutalib, Salim, Mastina, Hamdan, Syuaib, Sufini, Haryati, Suriyani, Ahmad Farid, Nurhanim, Ahmad Syukri & Mohd. Najib

Sunday, December 7, 2008

PEMBELIAN UNIT-UNIT APARTMENT ABDULLAH HUKUM

Yeop Abdul Rahman Hashim turut ditawarkan untuk membeli unit rumah kos sederhana di Apartment Abdullah Hukum. Beliau telah memperolehi surat tawaran tersebut oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan tawaran harga RM80,000 seunit. Dalam surat tawaran itu juga menyebut bahawa tarikh cabutan undi akan diadakan pada hari Selasa, 16 Disember, 2008, bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari, di Tingkat 6, Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur.
Yeop Abdul Rahman merupakan tawaran 'Peringkat Ke-3' yang dibuat oleh pihak DBKL kepada pemohon yang dikategorikan sebagai 'penduduk veteran' Kampung Haji Abdullah Hukum yang pernah menaburkan khidmat bakti kepada pembangunan kampung ini suatu ketika dahulu.
Diantara anak-anak Hashim/Arbaayah yang telah mendapat tawaran sebelum ini ialah Hashimah, Salim, Hamdan, Sufini, Haryati dan Suriani. Shimah, Salim dan Sufini telah mendiami rumah tersebut, manakala Hamdan, Haryati dan Suriani tidak tinggal di situ sebaliknya mereka telah menyewakannya kepada penyewa yang lainnya.
Mastina, Syuaib dan Farid juga telah mengemukakan permohonan untuk pembelian unit-unit rumah berkenaan, tetapi difahamkan mereka masih belum menerima jawapan daripada pihak DBKL. Jika ketiga-tiga mereka ini juga ditawarkan, bermakna 10 orang anak-anak Hashim/Arbaayah telah berjaya untuk membuat pembelian rumah-rumah ini.

Wednesday, November 26, 2008

Piket aman 'Abdullah Hukum' beri masa 48 jam kepada DBKL...


Keratan akhbar 'Sinar'
(Klik gambar untuk dibesarkan imejnya)

Semasa Yeop bersama keluarga ke rumah Salim di Apartment Abdullah Hukum pada hari Ahad lalu (23 November) untuk melihat Nabil yang sudah bersunat, yeop telah dikhabarkan oleh Salim bahawa Makcik Minah isteri Haji Abu Noh Ngah (Imam Madrasah) telah ke rahmatullah dan akan dikebumikan sebelah petang di tanah perkuburan Jalan Ang Seng. Innalillah......

Bukan itu sahaja peristiwa yang berlaku di sana, rupa-rupanya telah tercetus juga satu piket secara aman yang telah mengumpulkan apa yang didakwa sebagai anak-anak jati Kg. Abdullah Hukum yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Masyarakat Tertindas Kampung Abdullah Hukum, Encik Roslan Mat.
Suara lantangnya kedengaran di dalam slot berita TV3 dan juga mendapat liputan daripada akhbar Sinar keesokan harinya. Syabas dan tahniah kepada Roslan yang bertindak berani menyuarakan isu berkenaan. Diantara perkara yang disentuhnya ialah beliau mendesak pihak DBKL supaya segera menimbangkan permohonan 'peringkat ketiga' untuk pembelian unit-unit rumah apartment yang masih kosong, dan beliau kesal kerana pihak berkenaan didapati tidak memberikan keutamaan lagi kepada penduduk asal kampung ini sebaliknya didapati telah meluluskan permohonan kepada 'orang luar'.

Roslan telah memberi kata dua dengan memberi masa 48 jam kepada DBKL untuk bertindak. Jika masih gagal berbuat demikian, pihaknya dikatakan akan mengemukakan tindakan undang-undang kepada pihak Datuk Bandar DBKL.

Encik Roslan, saya minta maaf kerana tidak dapat turut serta dalam piket tersebut, kerana saya sendiri tidak mendapat maklumat mengenainya. Namun demikian, sebagai penduduk asal Kampung Abdullah Hukum saya memberikan sokongan padu kepada anda untuk terus memperjuangkan yang hak.

Sunday, November 23, 2008

Nabil masuk jawi..



Nabil 8 tahun (anak Salim) masuk jawi hari ini (22 November 2008). Alhamdulillah segala-galanya telah selamat disempurnakan di Despensari TNB di Jalan Bangsar. Satu majlis doa selamat dan jamuan tengahari telah diadakan di rumah Salim di Apartment Abdullah Hukum pada hari Ahad, 23 November 2008.

Turut hadir meraikannya ialah semua adik beradik termasuk Rohaiza Sapian yang datang bersama-sama dengan anak-anaknya (Lihat Gambar Bawah).


Tuesday, November 18, 2008

Koleksi Gambar-Gambar Keluarga Hashimarbain

Bersama 'Opahsu' di rumah Yong Ma


Opahsu, 80 tahun



Di Rumah Salim



Hari Jadi Yong Nora Ke-43 - (2 November 2008)
Di Pizza Hut Wangsa Maju





Kelahiran Anak Farid/Haiza - FARIS
Cucu Ke-36


Gambar Kiri: Faris. Kanan: Faris bersama Nur Aimi Arissa (Anak Suria)

Hari Jadi Yeya Ke-7 Tahun




Yong Nora


Gambar Kiri: Bersama Bonda Arbaayah, Kanan: Berhari Raya di kediaman Dato' Sri Zulhasnan

Sunday, October 5, 2008

Kunjungan Hari Raya Ke-4


Haji Hashim dan Hajah Arbaayah

Suasana hari raya ke-4 (4 Oktober) semakin meriah dengan siri kunjungan ke rumah keluarga terdekat. Keluarga HashimArbain hari ini memulakan kunjungan ke rumah Talib di Desa Pandan bermula jam 1.00 tengahari, dan kemudiannya di sebelah petang rombongan keluarga besar ini telah berkunjung pula ke rumah Yeop di Wangsa Maju Seksyen 10.

Haji Hashim dan Hajah Arbaayah turut serta dalam siri kunjungan hari raya di rumah Yeop, dimana sebelumnya mereka berdua dengan ditemani oleh Farid/Haiza dan Syukri telah sempat berkunjung ke rumah Yahya Yeop Majlis di Selayang Utama.
Seperti biasa, Yeop dan Yong amat terharu sekali dengan kunjungan keluarga ini, ditambah pula dengan kehadiran Emak dan Apak yang setiap tahun tidak pernah 'mis' untuk meraikan hari raya di rumah anak-anaknya.



Kunjungan rumah terbuka hari raya kali ini juga telah diserikan lagi dengan kehadiran tunangan Adli (Bibah) yang datang dari Ipoh untuk berhari raya dengan keluarga di Kuala Lumpur. Tentunya pasangan Adli/Bibah ini berasa gembira kerana dapat bersua muka setelah hampir dua tahun tidak berjumpa setelah kedua-duanya bertunang tahun lalu.

Begitu juga dengan Amar yang telah datang berhari raya di rumah bapanya di Wangsa Maju Seksyen 10 bersama-sama dengan bakal tunangnya, Ita. Manakala Hanis pula tahun ini buat pertama kalinya telah menyambut hari raya bersama-sama dengan suaminya, Ilyas turut berada di rumah bapanya (Yeop) dengan disertai oleh ahli-ahli keluarga yang lainnya.

Diantara anggota keluarga yang turut menyertai kunjungan hari raya yang ke-4 ini ialah keluarga Shimah/Anuar, Talib/Ema, Salim/Melati, Hamdan/Zalifah, Syuaib/Ila, Sufini/Jihad, Farid/Haiza, Yati/Jai, Suria/Mus, Hanim dan Syukri. Tidak kelihatan dalam rombongan ini ialah keluarga Mastina/Haris yang masih berhari raya di Kelantan dan juga Najib.
Gambar Semasa Berhari Raya
Di Rumah Yeop........









------------------------------------------------------------------

Berhari Raya Di Taman Dato' Harun

Di sebelah malamnya pula, rombongan keluarga HashimArbain ini juga telah menyerbu ke rumah bapa mertua Hamdan di Taman Dato' Harun, Petaling Jaya. Setinggi ucapan terima kasih kepada keluarga bapa mertua Hamdan, di atas layanan dan sajian makanan yang enak pada malam itu.


Saturday, October 4, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MINAL 'AIDIL WAL FAIZIN



HashimArbain mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua anggota keluarga, terutamanya kepada ikon kami HAJI HASHIM ISMAIL dan HAJAH ARBAAYAH HJ YEOP MAJLIS. Semoga hari lebaran pada tahun ini memberi rahmat, keberkatan dan keampunan buat kita semua yang bernaung di dalam HashimArbain.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Walillahilham.
-----------------------------------------------------------------------------------

Wajah & Suasana Berhari Raya......


(Gambar-gambar hari pertama dan hari ketiga Hari Raya)






Related Posts with Thumbnails