PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)

PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)
Haji Hashim Kulup Ismail (Ayahanda) Hajah Arbaayah Yeop Majlis (Bonda). Anak-Anak: Abdul Rahman, Hashimah, Abdul Mutalib, Salim, Mastina, Hamdan, Syuaib, Sufini, Haryati, Suriyani, Ahmad Farid, Nurhanim, Ahmad Syukri & Mohd. Najib

Sunday, December 7, 2008

PEMBELIAN UNIT-UNIT APARTMENT ABDULLAH HUKUM

Yeop Abdul Rahman Hashim turut ditawarkan untuk membeli unit rumah kos sederhana di Apartment Abdullah Hukum. Beliau telah memperolehi surat tawaran tersebut oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan tawaran harga RM80,000 seunit. Dalam surat tawaran itu juga menyebut bahawa tarikh cabutan undi akan diadakan pada hari Selasa, 16 Disember, 2008, bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari, di Tingkat 6, Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur.
Yeop Abdul Rahman merupakan tawaran 'Peringkat Ke-3' yang dibuat oleh pihak DBKL kepada pemohon yang dikategorikan sebagai 'penduduk veteran' Kampung Haji Abdullah Hukum yang pernah menaburkan khidmat bakti kepada pembangunan kampung ini suatu ketika dahulu.
Diantara anak-anak Hashim/Arbaayah yang telah mendapat tawaran sebelum ini ialah Hashimah, Salim, Hamdan, Sufini, Haryati dan Suriani. Shimah, Salim dan Sufini telah mendiami rumah tersebut, manakala Hamdan, Haryati dan Suriani tidak tinggal di situ sebaliknya mereka telah menyewakannya kepada penyewa yang lainnya.
Mastina, Syuaib dan Farid juga telah mengemukakan permohonan untuk pembelian unit-unit rumah berkenaan, tetapi difahamkan mereka masih belum menerima jawapan daripada pihak DBKL. Jika ketiga-tiga mereka ini juga ditawarkan, bermakna 10 orang anak-anak Hashim/Arbaayah telah berjaya untuk membuat pembelian rumah-rumah ini.

No comments:

Related Posts with Thumbnails