PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)

PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)
Haji Hashim Kulup Ismail (Ayahanda) Hajah Arbaayah Yeop Majlis (Bonda). Anak-Anak: Abdul Rahman, Hashimah, Abdul Mutalib, Salim, Mastina, Hamdan, Syuaib, Sufini, Haryati, Suriyani, Ahmad Farid, Nurhanim, Ahmad Syukri & Mohd. Najib

Thursday, December 18, 2008

PROFESOR DR. BURHANUDIN YEOP MAJLIS DIKURNIAKAN PINGAT J.M.N.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Profesor Dr. Burhanudin Yeop Majlis (Pak Han) di atas pengurniaan darjah kebesaran 'Johan Mangku Negara' ataupun JMN daripada Yang Di-Pertuan Agong pada 16 Disember yang lepas.
Istiadat pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan telah diadakan di Balai Rong Seri Istana Negara. Pak Han telah dikurniakan Darjah Kebesaran Johan Mangku Negara (J.M.N.) atau dalam Bahasa Inggeris "Companion of the Order of the Defender of the Realm". Darjah tersebut telah dianugerah pada Jun 2008, tetapi istiadatnya dilakukan secara berperingkat-peringkat.
Di dalam istiadat yang sama, Tan Sri Rafidah Aziz juga telah menerima pengurniaan Darjah Kebesaran 'Panglima Mangku Negara' (P.M.N.) yang membawa gelaran Tan Sri, manakala lima orang menerima Panglima Jasa Negara (P.J.N.) yang membawa gelaran Datuk diantaranya Datuk Kalimullah Masheerul Hassan dan Datuk Othman Lebai Saad. Tiga orang yang menerima J.M.N. termasuk Pak Han.
Pak Han kita ini...seorang Profesor Mikroelektronik dan juga Pengarah Institut Microengineering and Nanoelectronics (IMEN) di Universiti Kebangsaan Malaysia.

No comments:

Related Posts with Thumbnails