PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)

PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)
Haji Hashim Kulup Ismail (Ayahanda) Hajah Arbaayah Yeop Majlis (Bonda). Anak-Anak: Abdul Rahman, Hashimah, Abdul Mutalib, Salim, Mastina, Hamdan, Syuaib, Sufini, Haryati, Suriyani, Ahmad Farid, Nurhanim, Ahmad Syukri & Mohd. Najib

Thursday, May 28, 2009

20 MEI, HARI JADI SALIM KE-40 TAHUN

Salim Hashim, 40 tahun (20 Mei 2009)

Warga Hashimarbain mengucapkan Selamat Hari Jadi yang ke-40 tahun kepada 'Salim Hashim' yang lahir pada 20 Mei 1969. Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupannya sekeluarga.

Sunday, May 10, 2009

Hanis 24 tahun, 7 Mei 2009.

Sarah Hanis, 24 tahun.

7 Mei 2009 yang lalu merupakan 'Hari Ulangtahun' kelahiran Sarah Hanis Bt Abdul Rahman yang ke-24. Warga hashimarbain mengucapkan selamat hari jadi kepadanya. Semoga Allah memberkati kedewasaan hidupnya bersama suami tersayang Ilyas. Semoga Cikgu Hanis terus berjaya dalam menggapai cita-cita kerjayanya.

TERISTIMEWA buat BONDA kami....ARBA'AYAH..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu

Renungkan:
“Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kamu kirim wang untuk Mak? Mak bukan nak banyak, seringgit sebulan pun cukuplah. Bukan duit yg Mak harapkan, cukuplah dengan seringgit Mak tahu yg anak-anak Mak masih ingat pada Mak lagi".


Saturday, May 9, 2009


Yeop bersama Datuk Aziz Satar


Bersama Datuk Aziz Satar dan Presiden Skuad 69 PDRM Sarawak (kiri sekali)


Yong bersama Datin Azizah Mohamad
(Isteri Datuk A. Rahman Hasan)



Anggota Orkes Nirwana

Hari ini (9 Mei 2009) Yeop & Yong hadir ke PWTC menghadiri majlis sambutan ulangtahun yang ke-44 Orkes Nirwana. Orkes Nirwana di bawah pimpinan Datuk A. Rahman Hasan masih bertahan hingga hari ini.

Ramai artis-artis 60-an yang hadir, diantaranya Datuk Ahmad Jais, L. Ramlee, S. Mariam, Datin Orkid Abdullah, Adnan Othman. Turut hadir Tan Sri Jins Shamsudin, M. Daud (Presiden Papita) dan Datuk Aziz Satar serta ramai lagi.

Friday, May 8, 2009

Hamzi ke Matrix...


Kiri - Hamzi dan Opah. Kanan - Atok turut mendoakannya.


Gambar-gambar di atas - Suasana majlis doa selamat.


Seluruh warga hashimarbain turut berbangga di atas kejayaan hamzi yang telah mendapat tawaran melanjutkan pengajiannya di Kolej Matrikulasi di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Hamzi akan melapor diri ke kolej berkenaan pada 11 Mei ini. Hamzi layak mengikuti pengajian di kolej ini setelah beliau memperolehi pencapaian di dalam peperiksaan SPM tahun lalu. Di sana nanti Hamzi akan mengikuti kursus dalam bidang Sains Fizik. Warga Hashimarbain mendoakan kejayaannya...

Hari ini, 8 Mei 2009 keluarganya telah mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat yang telah dihadiri oleh sebahagian besar ahli keluarga Hashimarbain. Bacaan doa telah dipimpin oleh Pak Itam kita (Hamdan). Turut hadir ialah Mak dan Apak, Yeop serta adik-adik yang lainnya.

Thursday, April 30, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN NAJIB YANG KE-22 TAHUN.

Mohd. Najib Hashim, 22 tahun

Hari ini, 30 April 2009 giliran 'Najib' pula menyambut hari kelahirannya yang ke-22 tahun. Mohd. Najib Hashim merupakan anak yang ke-14 iaitu anak bongsu kepada HashimArbain. Mohd. Najib kini masih menuntut di Unisel, Batang Berjuntai, Selangor. Warga HashimArbain mengucapkan selamat hari jadi kepadanya, semoga Allah terus memberkati kehidupannya. Amin.

Monday, April 20, 2009

SELAMAT HARI LAHIR KE 34 TAHUN KEPADA SYUAIB

Syuaib Hashim, 34 tahun

Alhamdulillah...Hari ini 20 April 2009 merupakan Hari Ulangtahun Kelahiran Syuaib Hashim yang Ke- 34 tahun. Seisi keluarga mengucapkan syukur di atas nikmat usia yang panjang ini, semoga diiringi juga dengan rahmat dan keberkatan di dunia dan juga di akhirat. Amin!


Sunday, April 12, 2009

Khenduri arwah untuk bapa mertua Hamdan

Kelmarin 11 April 2009, masuk hari ke-7 pemergian ke rahmatullah bapa mertua Hamdan. Kami sempat menghadiri ke majlis khenduri arwah tersebut yang diadakan semalam di Taman Medan. Ramai sanak keluarga arwah yang hadir termasuk keluarga HashimArbain.

Kelihatan yang hadir meraikan majlis ini ialah Apak dan Mak serta keluarga Yeop, Shimah, Hamdan, Shuaib, Mastina dan juga keluarga Sufini. Kami mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat....Alfatihah!

Di dalam majlis tersebut kami juga dapat bertemu 'Pak Yang@Pak Lang Sulaiman Mat Salleh' iaitu adik beradik sedatuk Mak yang sememangnya mendiami di Taman Medan itu sejak sekian lamanya. Rumahnya tidak jauh daripada rumah bapa mertua Hamdam (Sejiran). Beliau kini 66 tahun dan kelihatan masih sihat walafiat. Kemesraannya tetap sama seperti dahulu, membuatkan kami teruja dengannya.

Sulaiman Mat Salleh juga merupakan anak saudara Tok Yeop Majlis. Bapanya Mat Salleh Bin Pandak Mohid dengan Tok Yeop Majlis Bin Pandak Mohid adalah adik beradik.


KENANGAN BERSAMA PAK YANG LEMAN MAT SALLEH


Sulaiman Mat Salleh bersama Apak


Sulaiman Mat Salleh bersama Mak


Sulaiman Mat Salleh (Tengah) bersama Hamdan dan Shuaib.


Related Posts with Thumbnails