PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)

PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)
Haji Hashim Kulup Ismail (Ayahanda) Hajah Arbaayah Yeop Majlis (Bonda). Anak-Anak: Abdul Rahman, Hashimah, Abdul Mutalib, Salim, Mastina, Hamdan, Syuaib, Sufini, Haryati, Suriyani, Ahmad Farid, Nurhanim, Ahmad Syukri & Mohd. Najib

Friday, January 16, 2009

TAHNIAH, AIDA CICIT YEOP MAJLIS IKON GADIS MELAYU


Warga HashimArbain turut merasa bangga di atas kejayaan AIDA yang muncul sebagai 'ikon' Gadis Melayu buat julung kalinya bagi TV9. Kelmarin (15 Januari) Khairul Noormaidah Bt. Zali anak Yong Yama telah membuat kejutan dengan penampilan yang begitu menarik dan menawan hati sehingga AIDA telah mengungguli kejuaraan yang diidamkan oleh setiap Gadis Melayu zaman ini.
Kami mendoakan agar AIDA terus mensyukuri kejuaraan ini yang telah ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia, dan berharap bakal selebriti ini terus mendapat restu ibu bapanya. Sanak saudara dan 'Warga @ Keluarga Yeop Majlis' tentunya turut berbangga di atas kemunculan cicit Yeop Majlis ini menampilkan imej Gadis Melayunya. Nampaknya lepas ini makin glamourlah cicit Yeop Majlis ini di kaca TV apabila muncul sebagai 'Pengacara TV9'.

3 comments:

Prof. Dr.Burhanuddin Yeop Majlis said...

Sikit lagi cicit Yeop Majlis akan sering muncul di kaca TV.

Rasha_rz said...

malam tu, nampak juga kak syimah kat tv. am cadang nak juga pergi tapi kerja petang hari tu....
jadi, sms dari rumah je lah.
tahniah pada semua.
Hj Yeop Majlis & sekutu dgnnya.

MirZa said...

Alhamdulillah..

Semoga Ahli keluarga Yeop majlis akan terus masyhur...mane tau nanti de seorang keturunan Yeop Majlis jadi Teruna Melayu lak..huhu...

Related Posts with Thumbnails