PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)

PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)
Haji Hashim Kulup Ismail (Ayahanda) Hajah Arbaayah Yeop Majlis (Bonda). Anak-Anak: Abdul Rahman, Hashimah, Abdul Mutalib, Salim, Mastina, Hamdan, Syuaib, Sufini, Haryati, Suriyani, Ahmad Farid, Nurhanim, Ahmad Syukri & Mohd. Najib

Saturday, September 26, 2009

MERIAHNYA KUNJUNGAN RAYA DI RUMAH SHIMAH!

Wow...meriah sungguh suasana berhari raya di rumah shimah & anuar semalam (25 Sept). Selain keluarga adik beradik turut berkunjung ke rumah shimah ialah keluarga Mak Yang dari Kg Cheras Baru yang terdiri daripada anak-anaknya Zila sekeluarga dan juga Azhar sekeluarga.

Maknek (Mak saudara - adik bongsu apak) bersama-sama dengan beberapa orang anaknya juga kelihatan berkunjung di majlis hari raya tersebut. Begitu juga Daud sekeluarga iaitu sepupu kami yang sering muncul dengan gelagat lawaknya turut menggempitakan lagi suasana yang penuh dengan semangat kekeluargaan itu.


Kiri: Maknek (Adik bongsu apak). Kanan: Nor Zahra (Anak Maknek)
Wajah maknek masa remaja, lihatlah wajah zahra, anaknya.

Zila dan keluarganya

Azhar anak Makyang (berdiri di tengah) dan juga Daud
(Kanan sekali)


Maknek (Duduk di belakang, kiri) bersama anak-anaknya yang hadir.

Keluarga Daud

Diantara adik beradik yang hadir di rumah shimah ialah yeop sekeluarga, salim sekeluarga, mastina sekeluarga, hamdan sekeluarga, yati sekeluarga, suriayani sekeluarga, sufini sekeluarga dan juga farid skeluarga.

Sajian makanan yang disediakan ialah nasi lemak berlauk ayam, sate, salad/nugget, buah-buahan dan juga biskut raya. Kelihatan apak/mak cukup gembira pada malam itu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails