PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)

PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)
Haji Hashim Kulup Ismail (Ayahanda) Hajah Arbaayah Yeop Majlis (Bonda). Anak-Anak: Abdul Rahman, Hashimah, Abdul Mutalib, Salim, Mastina, Hamdan, Syuaib, Sufini, Haryati, Suriyani, Ahmad Farid, Nurhanim, Ahmad Syukri & Mohd. Najib

Sunday, September 27, 2009

KUNJUNGAN RAYA DI RUMAH HAMDAN DAN FARID


Foto Kiri: Hamdan sekeluarga. Foto Kanan: Farid sekeluarga.

Kelmarin, Sabtu 26 September merupakan hari raya yang ke-7. Kami adik beradik sekeluarga telah berkunjung pula ke rumah Hamdan dan juga rumah Farid di Subang. Di rumah Hamdan mereka mula berkumpul pada jam 2.00 petang hingga ke waktu asar. Keluarga Yeop merupakan yang terakhir yang sampai di rumah Hamdan.

Sementara itu diantara adik beradik lain yang hadir berkunjung di rumah terbuka itu ialah shimah sekeluarga, Talib sekeluarga, Mastina sekeluarga, Sufini sekeluarga, Yati sekeluarga dan juga Farid sekeluarga. Daud sekeluarga turut hadir. Mak dengan apak tidak dapat turut serta kerana Shukri juga mengadakan jamuan raya di rumah mak di hari yang sama.

Selepas beraya di rumah hamdan semua yang hadir telah berkunjung pula ke rumah Farid yang kebetulan berhampiran dengan rumah Hamdan di Subang. Farid baru saja berpindah ke rumah barunya itu.

Di rumah Hamdan sajian makanannya ialah nasi ayam dan jeli kelapa, manakala di rumah farid pula sajian menunya berupa bihun sup, mee kari dan juga pizza.

--------------------------------------------------------------------------------------
JEMPUTAN SMS RUMAH TERBUKA YATI & JAI - 28 SEPT. 09

"Saya Haryati Hashim, kaum BANI HASHIM Ke-10 menjemput semua ke rumah saya di alamat No. 37, Jln SS9/13, Sg. Way, P.Jaya. Jamuan raya esok iaitu AHAD iaitu bermula dari jam 3 petang hingga 9 malam.
Maklumkan pada yang lain."

Sender: 0133865331.

-------------------------------------------------------------------------------------

Dari kanan: Hamdan, Farid dan Daud (Di rumah Farid)

Yeop & Farid

Suasana dalam rumah Farid

Suasana dalam rumah farid. Kelihatan seorang
anggota Polis Trafik
(Haris) terbaring keletihan..

Faris...anak farid

No comments:

Related Posts with Thumbnails