PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)

PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)
Haji Hashim Kulup Ismail (Ayahanda) Hajah Arbaayah Yeop Majlis (Bonda). Anak-Anak: Abdul Rahman, Hashimah, Abdul Mutalib, Salim, Mastina, Hamdan, Syuaib, Sufini, Haryati, Suriyani, Ahmad Farid, Nurhanim, Ahmad Syukri & Mohd. Najib

Wednesday, December 2, 2009

PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN

Bersyukur dan tahniah di atas penubuhan 'Permuafakatan Keluarga HashimArbain'. Permuafakatan ini telah dipersetujui penubuhannya setelah semua ahli keluarga yang mengadakan mesyuarat kelmarin (1 Disember) menyatakan sokongan masing-masing.

(Foto: Haji Hashim sedang berucap)

Permuafakatan Keluarga HashimArbain merupakan sebuah pakatan keluarga yang dianggotai oleh semua waris Haji Hashim Kulup Ismail dan Hjh Arbaayah Haji Yeop Majlis yang meliputi anak-anak, menantu, cucu termasuk cucu menantunya. Haji Hashim/Hjh Arbaayah kini mempunyai 14 anak, 11 menantu, 37 cucu dan 1 cucu menantu.

Di dalam mesyuarat penubuhannya kelmarin, Abdul Rahman Hashim (Yeop) telah diberikan mandat untuk menjadi Pengerusi, manakala Hashimah Hashim dipilih menjadi Timbalan Pengerusi. Syuaib Hashim, Hamdan Hashim dan Najib Hashim masing-masing dipilih sebagai Setiausaha, Bendahari dan juga Penolong Setiausaha.

Sementara itu, Hashimah dan suaminya Anuar telah dilantik sebagai Pengerusi Biro Kebajikan. Haryati dan suaminya Hasrizal telah dilantik sebagai Pengerusi Biro Ekonomi yang akan dibantu oleh Abdul Mutalib Hashim. Salim Hashim pula dilantik sebagai Pengerusi Biro Riadhah dan Rekreasi yang dibantu oleh Suriyani.

Ustadz Farid Hashim dan Syuaib Hashim dilantik sebagai Pengerusi Biro Dakwah dan Tarbiyah yang dibantu oleh Mohd. Najib Hashim. Di dalam mesyuarat itu juga Sarah Hanis dan Ilyas (cucu dan cucu menantu) telah dilantik sebagai Juru audit.

Haji Hashim dan Hjh Arbaayah merupakan Penaung kepada permuafakatan keluarga ini. Di dalam ucapan ringkasnya, Haji Hashim begitu terharu dan mengucapkan syukur di atas pembentukan permuafakatan keluarga ini. Sebagai ayahanda, Haji Hashim begitu yakin dengan kebolehan yang dimiliki oleh anak-anaknya dalam mengelolakan permuafakatan ini. Beliau mendoakan agar semua anak-anak warisnya dapat memelihara permuafakatan keluarga ini seterusnya menjaga keharmoniannya.

Diantara lain-lain ketetapan yang diambil di dalam mesyuarat tersebut ialah setiap keluarga dikehendaki membayar yuran bulanan RM5.00, manakala RM20.00 pula hendaklah dibayar untuk dana Tabung Kebajikan HashimArbain. Semua pembayaran ini akan berkuatkuasa pada bulan Januari 2010 yang akan datang.


FOTO SEKITAR MESYUARAT DI RUMAH MASTINA






1 comment:

Editor HashimArbain said...

Tahniah. Semoga keluarga hashimarbain diberkati dan harmoni. Jgn berhasad dengki, hindarkan sengketa.

Related Posts with Thumbnails