PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)

PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)
Haji Hashim Kulup Ismail (Ayahanda) Hajah Arbaayah Yeop Majlis (Bonda). Anak-Anak: Abdul Rahman, Hashimah, Abdul Mutalib, Salim, Mastina, Hamdan, Syuaib, Sufini, Haryati, Suriyani, Ahmad Farid, Nurhanim, Ahmad Syukri & Mohd. Najib

Sunday, December 21, 2008

Cabutan Undi Apartment Abdullah Hukum: Yeop dapat unit rumah di Tingkat 1 No. 204.

Alhamdulillah, akhirnya yeop dapat juga seunit rumah (Tingkat 1 No. 204) di Apartment Abdullah Hukum 1 (Lihat foto sebelah blok berwarna biru tingkat 1) setelah diadakan cabutan undi yang telah diadakan pada 16 Disember lalu, di Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL, di Tingkat 6, Menara DBKL 2, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur.
Seramai 16 orang dalam peringkat ketiga telah dipanggil menghadiri cabutan undi tersebut. Tawaran harga rumah tersebut ialah RM80,000 seunit. Sehingga ini nama Mastina, Farid dan Syuaib masih belum lagi dipanggil untuk cabutan undi. Diharapkan selepas ini mereka akan mendapat tawaran jua.

Thursday, December 18, 2008

PROFESOR DR. BURHANUDIN YEOP MAJLIS DIKURNIAKAN PINGAT J.M.N.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Profesor Dr. Burhanudin Yeop Majlis (Pak Han) di atas pengurniaan darjah kebesaran 'Johan Mangku Negara' ataupun JMN daripada Yang Di-Pertuan Agong pada 16 Disember yang lepas.
Istiadat pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan telah diadakan di Balai Rong Seri Istana Negara. Pak Han telah dikurniakan Darjah Kebesaran Johan Mangku Negara (J.M.N.) atau dalam Bahasa Inggeris "Companion of the Order of the Defender of the Realm". Darjah tersebut telah dianugerah pada Jun 2008, tetapi istiadatnya dilakukan secara berperingkat-peringkat.
Di dalam istiadat yang sama, Tan Sri Rafidah Aziz juga telah menerima pengurniaan Darjah Kebesaran 'Panglima Mangku Negara' (P.M.N.) yang membawa gelaran Tan Sri, manakala lima orang menerima Panglima Jasa Negara (P.J.N.) yang membawa gelaran Datuk diantaranya Datuk Kalimullah Masheerul Hassan dan Datuk Othman Lebai Saad. Tiga orang yang menerima J.M.N. termasuk Pak Han.
Pak Han kita ini...seorang Profesor Mikroelektronik dan juga Pengarah Institut Microengineering and Nanoelectronics (IMEN) di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tuesday, December 16, 2008

Minat politik masing-masing....biarlah mendapat keredhaan Allah.

Politik ialah kuasa. Bercakap politik bermakna kita menjuruskan daya fikir ke arah menjadikan kehidupan manusia di muka bumi terpimpin secara berhemah serta mampu menyelesaikan masalah duniawi yang serba serbi mencabar.
Barang diingat jua, jangan terlalu ghairah dengan nafsu serakah politik yang tidak mengenal batas 'ubudiah sehingga kita melupakan tanggungjawab sebenar sebagai 'khalifah', dan yang pastinya semua manusia tidak akan kekal hidup di atas muka bumi ini. Biar harta bertimbun, namun harta dunia tidak juga mengiringi kita ke liang lahad.
Bersederhanalah kita menjulang kehidupan duniawi ini, kerana akhirannya ialah kita akan berkampung jua di akhirat. Namun begitu jangan kita biarkan kehidupan di alam fana ini sehingga kita menderita tanpa menikmati kemakmuran sejagat. Biarlah anak-anak kita dapat mensyukuri pemberian nikmat di dunia ini, kerana Tuhan akan menambahkan rezeki kita jika kita bersyukur dengannya.
Jangan kita cemburui jika ada yang pakai baju UMNO/BN. Begitu juga jangan kita menghina jika ada yang jatuh hati dengan PKR/PAS. Yang pastinya ialah, parti-parti politik itu hanyalah jenama perjuangan ciptaan manusia yang dijadikan alat untuk membentuk fikrah manusia untuk menjalankan amanah memimpin umat di atas muka bumi ini.
Tidak ada jaminan di dalam nas naqli yang menyebut jenama parti tertentu yang terdapat di Malaysia ini sebagai pra syarat dan kelayakan untuk jalan ke syurga. Akhlak manusia yang memimpin sesebuah parti itulah yang akan menentukan hala tuju perjuangan samada dikemudinya secara munkar ataupun secara yang makruf. Tuhan yang layak untuk menilai amalan kita di dunia ini sehingga kita dilarang untuk bersengketa sesama sendiri.
Sengketa boleh merosakkan asas perjuangan di dunia, kerana kita telah engkar dengan perintah Tuhan yang menyeru kita supaya sentiasa berbaik sangka sesama manusia. Janganlah kita taksub dengan lambang kepartian dunia ini, kerana Rasulullah pun tak pernah sebut jika nak masuk syurga seseorang itu mesti isi borang keahlian parti itu atau parti ini. Yang dia sabda ialah berbuat baiklah kamu di muka bumi Allah ini dengan perbuatan yang makruf dan menghindari yang mungkar.
Apa jua parti yang berbuat jahat akan menerima balasannya. Begitu juga apa jua parti yang berbuat baik di muka bumi ini akan mendapat ganjaran setimpal. Jika terdapat mana-mana parti yang mendakwa sebagai 'Waris Nabi' sebenarnya dia telah berdusta dengan dirinya sendiri. Oleh yang demikian berpolitiklah secara berhemah untuk mendapatkan keredhaan Allah jua. Insya Allah.
- Abdul Rahman Hashim.

Sunday, December 14, 2008

Yati & Keluarga bercuti di Cameron Highland


Yati & Jai sekeluarga Di Strawberry Park, 11 Dis. 08.


Di Strawberry Farm, 11 Dis. 08.


Dania...mkn aiskrim, Ladang Teh Boh, 12 Dis. 08.

Dania...memetik daun teh


Sofea...di Strawberry Farm, 11 Dis. 08

Yati sekeluarga bercuti di Cameron Highland pada 11 Dis hingga 12 Dis 08. Perjalanan sejauh 200 km itu disertai oleh rakan-rakan niaganya dari Hai-O Group Taipan 181. Patut le dia tak joint program di Melaka, rupa-rupanya ke Cameron Highland...Apa pun diucapkan syabas kepada Yati/Jai yang begitu gigih dengan perniagaan yang diceburinya.

Bergambar Dengan Abang Nai dan Abang Jai


Bersama Abang Jai
Bersama Abang Nai
Lama tak berjumpa dengan Abang Nai dan Abang Jai. Alhamdulillah di dalam majlis perkahwinan anak Abang Jai yang diadakan 13 Disember 2008 lepas, di Ampang Tasik; Yeop berkesempatan bergambar dengan mereka berdua beradik ini (lihat Foto).

Friday, December 12, 2008

Arbain Look-alike Meter

MyHeritage: Look-alike Meter - Geneology software - Geneology

AIDA anak Yong Yama salah seorang finalis 'GADIS MELAYU' di TV9..


Sila lihat petikan Visual 'Gadis Melayu'
TV9 11 Disember 2008
Khairul Noormaidah @ Aida Zali (Baju Biru)




Khairul Noormaidah Binti Zali (Foto) merupakan finalis 'GADIS MELAYU' di dalam rancangan realiti TV9. Di slot TV9 namanya dikenali sebagai AIDA. Aida pasti menjadi daya tarikan sebagai salah seorang peserta finalis GADIS MELAYU yang terdapat di dalam rancangan TV9 pada setiap hari Khamis 9.30 malam. Sepanjang menonton rancangan ini, Aida telah memenangi dua minggu berturut-turut, dan minggu ini (11 Disember 2008) walaupun tidak mendapat undi tertinggi, namun Aida masih mantap dalam rankingnya bersama-sama peserta yang lainnya.
AIDA yang dimaksudkan itu ialah anak kepada Yong Yama (Cucu Pakcik Yahya Yeop Majlis), juga anak saudara kita semua! Kita berbangga kerana Aida sering menjadi tumpuan dan juga menjadi pilihan para juri. Diantara para juri tetap yang mengadili semua calon Gadis Melayu ini ialah Dato' Ustazah Norbayah, Profesor Dr. Nik Safiah dan seorang Toh Puan (Kerabat Diraja).Slot rancangan ini dihostkan oleh Ezza Aziz Fauzi.

Keluarga Hashim Bersantai di Melaka Bandar Warisan Dunia...

Sebahagian besar keluarga HashimArbain kini berada di Melaka Bandaraya Bersejarah yang juga telah diktiraf sebagai Bandar Warisan Dunia. Mereka bercuti sambil bersantai membawa anak masing-masing sebagai mengisi cuti panjang sekolah yang masih berbaki sebelum menjelang sesi 2009
Semua yang bertolak ke Melaka pada pagi Khamis 11 Disember telah daftar masuk di Hotel Garden City, Melaka (Dua Bilik - No. 101 dan 102). Diantara keluarga HashimArbain yang menyertai trip kali ini ialah - Hashimah/Nuar, Talib/Ema, Mastina/Haris, Syuaib/Eila, Sufini/Jihad, Suria/Mus termasuk Hanim, Syukri dan Najib. Emak dan Apak juga turut berada di sana.
Sementara Yeop, Salim, Hamdan, Yati dan Farid tidak dapat turut serta kerana masing-masing mempunyai urusan lain yang tidak dapat dielakkan.


Mereka semua dijangka akan check-out Sabtu ini, 13 Disember 2008.
------------------------------------------------------------------------------------------------

Gambar-gambar lokasi yang dikirim menerusi MMS
(Sila Lihat di bawah ini)

Hari Pertama: Khamis, 11 Disember 2008



Gelagat di bilik penginapan...


Antara tempat menarik yang dilawati...

Alamak...perut sape ni..?



Hari Kedua - Jumaat 12 Disember 2008

  • Makam Tun Teja


Keluarga HashimArbain


Ayahanda Bonda bersantai




  • Mandi Manda di kolam renang


  • Kota A'Farmosa





Hanim dan Kak Yong

Tuesday, December 9, 2008

JEMPUTAN MAJLIS PERKAHWINAN ANAK ABANG JAI

Semua seisi keluarga HashimArbain dijemput ke majlis perkahwinan 'Norsharadah bt. Abd. Rashid dengan Ahmad Noor Azhar bin Mohamed Zaini' pada tarikh berikut:-
Tarikh : Sabtu, 13 Disember 2008
Tempat : No. 32 Lorong 4/7A, Kg. Tasik Tambahan, Ampang, Selangor.
Mohamed Zaini Haji Isa @ Abang Jai telah mewakilkan Mak/Apak untuk menjemput semua anak-anak dan cucu-cucunya hadir ke majlis perkahwinan ini. Jangan lupa....Harap maklum!


Monday, December 8, 2008

Sambutan Hari Raya Korban Tahun ini....









Gambar Yeop Sekeluarga di Pagi Raya Korban 8 Disember 2008.

Yeop bersama-sama anak lelaki, Ijat, Putra, Aiman dan Abby pergi solat sunat aidiladha di Surau Darul Huda Seksyen 10 Wangsa Maju. Rancangan nak ke rumah Mak/Apak di Bangsar mungkin lepas solat maghrib ini - untuk berjumpa mak/apak, adik-adik dan anak-anak buah di sana. Biasanya kebanyakan mereka mula berhari raya di rumah mak/apak selepas selesai solat hari raya.
Yang pasti juadah hari ini selain rendang, mesti ada sop daging korban yang diperolehi daripada agihan pihak surau di situ. Hati ini terkinja-kinja untuk ke rumah mak/apak, tapi takdir menentukan kali ini kami terlewat.
Yeop sampai di rumah Mak kira-kira jam 9.15 malam. Sepatutnya Talib sekeluarga ada bersama, tetapi dia dah pulang lebih awal. Semasa Yeop sampai yang ada di rumah Mak ialah Shimah dan anak-anak termasuk Mastina. Kak Yong@Mira, Yasmin, Anim, Ajib dan Syukri juga kelihatan.
Semasa Yeop membuka laptop untuk melayari blog keluarga, Mastina bertanyakan pasal gambar keluarga dia yang tak banyak dipaparkan di dalam blog ini? Lantas dia menyalin pakaian rayanya berwarna pink dan minta Yeop standby untuk mengambil gambar-gambar menariknya di rumah Mak. Mastina sanggup menelefon suaminya Haris supaya segera datang ke rumah Mak dan menyuruh Haris supaya berpakaian baju melayu pink serta membawa baju melayu anak-anaknya.
Setengah jam kemudiannya, Haris pun sampai di rumah Mak lengkap dengan berbaju melayu, bersampin lagi....Sebelum itu Mastina sudah pun menggayakan pakaiannya, dan sempat juga berposing di sudut rumah. Lihatlah gambar-gambar Mastina dan keluarganya yang sempat diambil...serta merta juga Yeop uploadnya ke dalam blog ini.

Gambar Keluarga Mastina berkunjung ke rumah Mak..

ulan


Related Posts with Thumbnails