PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)

PERMUAFAKATAN KELUARGA HASHIMARBAIN (PEKA)
Haji Hashim Kulup Ismail (Ayahanda) Hajah Arbaayah Yeop Majlis (Bonda). Anak-Anak: Abdul Rahman, Hashimah, Abdul Mutalib, Salim, Mastina, Hamdan, Syuaib, Sufini, Haryati, Suriyani, Ahmad Farid, Nurhanim, Ahmad Syukri & Mohd. Najib

Friday, December 12, 2008

AIDA anak Yong Yama salah seorang finalis 'GADIS MELAYU' di TV9..


Sila lihat petikan Visual 'Gadis Melayu'
TV9 11 Disember 2008
Khairul Noormaidah @ Aida Zali (Baju Biru)




Khairul Noormaidah Binti Zali (Foto) merupakan finalis 'GADIS MELAYU' di dalam rancangan realiti TV9. Di slot TV9 namanya dikenali sebagai AIDA. Aida pasti menjadi daya tarikan sebagai salah seorang peserta finalis GADIS MELAYU yang terdapat di dalam rancangan TV9 pada setiap hari Khamis 9.30 malam. Sepanjang menonton rancangan ini, Aida telah memenangi dua minggu berturut-turut, dan minggu ini (11 Disember 2008) walaupun tidak mendapat undi tertinggi, namun Aida masih mantap dalam rankingnya bersama-sama peserta yang lainnya.
AIDA yang dimaksudkan itu ialah anak kepada Yong Yama (Cucu Pakcik Yahya Yeop Majlis), juga anak saudara kita semua! Kita berbangga kerana Aida sering menjadi tumpuan dan juga menjadi pilihan para juri. Diantara para juri tetap yang mengadili semua calon Gadis Melayu ini ialah Dato' Ustazah Norbayah, Profesor Dr. Nik Safiah dan seorang Toh Puan (Kerabat Diraja).Slot rancangan ini dihostkan oleh Ezza Aziz Fauzi.

4 comments:

Anonymous said...

cc4456

Anonymous said...

untuk mengundi:
taip DHATI 4 hantar ke 33399

tolong2 le undi anak sedare sndiri...hihihihihih...kejo yeop kejo!

Anonymous said...

undian utk menentukan ikon GADIS MELAYU TV9 bermula sekarang!! dari 1 januari 2009 hingga Grand Finale 15 januari 2009..
untuk mengundi taip:
GADIS AIDA hantar ke 33399

tolong2 le undi anak yong yama ok! tlg sesedara la katakan...kejo yeop kejo!!! tolong2 le panjangkan kat kengkawan & sesedara lain k! terima kasih...

Muhammad Maulid Bin Mohamad Sapian said...

Ok.. nanti saya undilah yee....

Related Posts with Thumbnails